Witch yoo hee





Witch yoo hee mengisahkan Ma Yoo Hee ( Ha Ga In) yang mempunyai sebuah syarikat pengiklanan. Yoo hee seorang yang garang dan merupakakan seorang bos yang sangat ditakuti oleh pekerjanya. Tetapi sikap yoo hee mulai berubah selepas berkenalan dengan Chae Mu Ryong ( Jae hee). Mu ryong merupakan seorang yang sangat suka memasak. Keluarga mu ryong mempunyai sebuah restoran mee kicap.

Saat pertama mereka berkenalan ketika mu ryong melanggar kereta yoo hee. Oleh kerana tidak mempunyai wang yang cukup untuk membayar ganti rugi. Mu ryong terpaksa menerima tawaran untuk menjadi pembantu rumah di apartment yoo hee.
Mu ryong banyak merubah kehidupan dan keterampilan yoo hee. Sehingga hubungan mereka menjadi rapat dan ada perasaan sesame sendiri.


Kisah percintaan mereka dirumitkan lagi dengan kehadiran jonny kruger dan yoo joon ha. nam seung mi iaitu kekasih mu ryong turut mencemburui kemesraan mereka. Drama ini pernuh dengan babak lawak dan percintaan. Dalam drama ini juga terdapat tip tip untuk mencari pasangan. Sila la tonton kisah percintaan 5 segi ini. Anda pasti terhibur.