Andartu Terlampau 21 Hari Mencari Suami



Andartu Terlampau 21 Hari Mencari Suami. Huh.. tajuk tak boleh blah.. ini la tajuk filem tempatan yang akan di tayangkan dipanggung wayang Malaysia.. mesti korang berminat giler nak tengok filem ini kan… korang rasa korang berminat tengok filem ini pasal apa?? Pelakonnyakah?? Penerbit filemnyakah?? Atau pasal tajuknya yang tut…. Hahaha… harap filem ini dapat memuaskan hati korang. tapi harap korang bersabar ek.. coz filem ini ditayangkan bermula 20 mei 2010. kalau tak sabar korang layan dulu filem trailer.

Filem trailer Andartu Terlampau 21 Hari Mencari Suami : http://www.youtube.com/watch?v=a5LRb2-mMpY



Cerita yang mengisahkan tentang seorang gadis, Nik Melati yang berusia lewat 20an tertekan gara-gara masih lagi belum berkahwin. Pelbagai usaha dilakukan oleh kedua orang tuanya iaitu Fatimah dan Nik Mat untuk menjodohkan Nik Melati. Sehinggakan mereka telah mencari calon yang sesuai untuk anaknya itu. Namun usaha mereka ditolak oleh Nik Melati kerana Nik Melati (nikki) berhasrat untuk mencari jodohnya sendiri.


Pelbagai peristiwa lucu yang melingkari perjalanan Nikki dalam usahanya mencari calon suami sementelah ibunya Fatimah telah memberi kata dua:seandainya tidak membawa pulang calon suami dalam masa 21 hari, maka Nikki tiada pilihan melainkan terpaksa berkahwin dengan lelaki pilihan ibunya itu serta persetujui bersama oleh bapanya Nik Mat.


Dalam melayari pelbagai senario bersama senarai calon-calon suaminya yang panjang, Nikki semakin lelah kerana apa yang dimahukannya tidak diperolehnya. Putra Aziz Al-Biruni; anak rakan baik ibunya, walaupun tampan namun kerjayanya sebagai peguam menjadikan sifat yang suka berperang di mahkamah bagi menegakkan kebenaran terbawa-bawa hingga ke luar dan ini turut melemaskan Nikki.


Maka Nikki yang amat terkenal dengan sifatnya ynga 'impulsive' lantas mengambil keputusan nekad untuk berkahwin degan Omar Shariff, lelaki yang sentiasa ada dalam hidupnya sekian lama. Namun sesuatu yang tidak diduga berlaku apabila Nikki bertemu kembali kekasih lama yang dicintainya sewaktu di universiti dulu iaitu John Johny Johnathan.
Paling tragis sekaligus membuatkan Nikki berfikir dua kali samada untuk meneruskan pernikahannya dengan Omar Shariff atau tidak?? Lebih menarik lagi John Johny Jonathan mahu melamarnya pada hari pernikahannya itu. Apakah sifat impulsive Nikki kali ini mampu mendorongnya untuk membatalkan pernikahan dengan Omar Shariff di saat akhir? Jawapanya ada di dalam Andartu Terlampau...21 Hari Mencari Suami!

web rasmi : http://www.andartuterlampau.com/trailer/







banner 150×150
award sebagai penghargaan kepada follower copy (tekan ctrl + c) code di bawah & masukkan dalam text blog korang . Kalau nak belajar tutorial blogger award klik sini

<center><a href="http://ceritadimataku.blogspot.com/" target="_blank" title="AWARD PEREKA CERITA"><img style="cursor:pointer; cursor:hand;width: 150px; height: 160px;" src="http://4.bp.blogspot.com/_hH08FYORP2g/S-Kq41G8j3I/AAAAAAAABFQ/sVe4JihYu0o/s1600/award+pereka+cerita.jpg"/></a></center>




Share/Bookmark