BELUKAR



hari ini nak promosi filem tempatan.. filem tempatan kurang dapat sambutan di panggung wayang?? kenapa ek??? aku tanya member aku semua bagi respon filem tempatan simple sangat, kurang adegan ganaz. engding bosan boleh dijangka, jalan cerita sama aja dan banyak lagi komen negetif.. aku hanya harapkan moga filem tempatan terus maju..



SINOPSIS BELUKAR

Filem Belukar mengisahkan Eva (Daphne Iking) seorang wanita Sabah yang merupakan penipu insuran profesional. Dia berjaya menuntut lebih RM100 juta dan kini Eva sedang disiasat oleh beberapa pihak. Malangnya, tiada agen penyiasat insurans dapat membuktikan Eva bersalah. Tanggungjawab itu kini dipikul oleh Nik (Bront Palarae) iaitu seorang penyiasat insurans syarikat ABG. Dalam proses penyiasatan tersebut, Nik telah jatuh cinta terhadap Eva tanpa Eva mengetahui identiti sebenar Nik. Adakah Nik dan Eva bergelut dengan cinta, sandiwara atau keikhlasan semata-mata? Atau seperti yang disimpulkan Jason Chong, filem ini sarat dengan "love action, thriller and many hidden secrets."



BELUKAR DI FACEBOOK = http://www.facebook.com/pages/BELUKAR/243020895911

Mengenal hati budi seorang insan biasa bukanlah satu perkara mudah.Cuba bayangkan anda harus menyelami hati budi seorang penipu professional.Pernahkah seorang penipu jatuh cinta dan bolehkah kekasihnya sendiri percayakan janjinya? sejauh manakah penipuan ini berterusan....Eva adalah seorang penipu professional.Tuntutan insurans yang melibatkan Eva dalam 5 tahun ini berjumlah hampir melebihi 100 juta dan kini Eva sedang disiasat oleh beberapa pihak.Malangnya tiada seorang agen penyiasat insurans pun mampu membuktikan Eva bersalah. Tanggungjawab tersebut kini dipikul oleh Nik iaitu seorang penyiasat insurans syarikat insurans ABG yang dihantar dari Europe.Dalam proses sisatan Nik itu, Eva telah jatuh cinta pada Nik tanpa mengetahui indentiti Nik yang sebenar. namun Nik tidak percaya akan keiklasan cinta Eva.Nik bergelut antara cinta dan tanggungjawab professionalnya iaitu membongkar penipuan Eva. Adakah cinta Eva pada Nik ikhlas ataupun ianya juga satu penipuan? Adakah Nik akan terus terperangkap dalam jerat cinta Eva ataupun Nik berjaya mendapatkan kekuatan untuk membongkar indentiti Eva? Apakah kesudahan mereka?
SIAPA YANG MENIPU DAN SIAPA YANG TERTIPU ?



Filem : Belukar
Dibintangi oleh :
Bront Palare, Daphne Iking, Danny, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Azhar Sulaiman,
Genre : Aksi / Thriller

TRAILER FILEM : http://www.youtube.com/watch?v=OCrnAZupx0k&feature=PlayList&p=21E7486BB94E9F50&playnext_from=PL&index=5


SISIPAN AKBAR

KOSMO
KEMUNCULAN Nasrul Suhaimin atau lebih dikenali sebagai Bront Palarae, di layar filem adalah mahu menonjolkan bakat. Itu sahaja niatnya, tiada lain. Menolak tempias populariti beragam atau berpaksi deretan cerita remeh, aktor berbakat besar itu tidak kisah ditawarkan watak sampingan. Dalam erti kata lain, dia mendahului karakter pelakon pembantu yang menjadi penyeri keseluruhan sesebuah naskhah sejak enam tahun lalu. Masa lekas berjalan, tanpa disedari, dia sudah menjadi pemain 15 buah filem walau sosoknya muncul dalam beberapa adegan sahaja.

Begitupun, saat Bront sedang menghabiskan waktu bersisa di Hatyai, Thailand lebih setahun lalu sambil menjaga salah seorang ahli keluarga yang uzur, satu panggilan telefon berjaya mengubah rentak tarinya dalam sinema tempatan. Di hujung talian, kedengaran suara pelakon dan pengarah baru, Jason Chong memberi peluang berharga buat lelaki berusia 32 tahun itu. Tidak lagi menempel beberapa babak, karya Belukar sebaliknya menonjolkan individu fasih berbahasa Hokkien, Thailand, Melayu, Inggeris dan sedikit Itali itu sebagai hero filem.

"Sewaktu dapat tawaran pelakon utama, sudah pasti rasa gembira. Tidak segera menyatakan persetujuan, saya sebaliknya beri tempoh kepada Jason untuk berfikir semula tentang pelawaannya. Mendengar judulnya sendiri membuatkan saya terfikir lokasi penggambaran bakal dilakukan di kawasan hutan. "Menerima skrip dihantar oleh Jason tidak lama kemudian, saya terus baca lima muka surat awal, pertengahan dan penghujung. Selepas itu, barulah saya tahu plot cerita ini menarik berbanding filem sedia ada di negara ini. Lagipun saya ingin mengelak daripada pamerkan watak lelaki kelakar dan sengal



"Saya terus hubungi Jason dan memberitahu ingin terlibat dalam filem ini. Terus terang, ia tidak sesukar seperti difikirkan kerana babak saya hanya dilaksanakan sekitar tempat penginapan dan gudang," kata Bront ketika ditemui pada majlis pratonton Belukar di Golden Screen Cinema (GSC), One Utama, Damansara, Petaling Jaya baru-baru ini. Sambung Bront yang membuat kemunculan pertama dalam filem Lang Buana pada tahun 2003, menyaksikan wajah sendiri di skrin lebar sebagai watak utama menjadi perkara paling pelik kepadanya.

"Saya pun jadi hairan. Malah, sampai sekarang masih ada perasaan lain apabila jadi hero filem. Tidak anggap ia terlalu melonjakkan populariti sendiri, saya sebaliknya mula lihat tanggungjawab lebih besar selepas dapat watak utama. "Dulu kalau pegang karakter pembantu dengan dua atau tiga babak tanpa perlu hadiri sesi fotografi dengan pihak media, kini semua mula berubah. Bahkan, saya pikul amanah lebih besar hendak jual filem ini kepada peminat," tuturnya yang mahu lebih dikenali kerana memfokuskan hasil kerja berkualiti daripada menjadi penghias majalah dan surat khabar meraih kemasyhuran.

Pernah ditawar watak utama dalam filem selepas wajah hitam manisnya berlegar di kaca televisyen menerusi drama berantai, Sindarella, Bront bagaimanapun menolak tawaran tersebut disebabkan tidak berminat dengan karakter yang dipegangnya. "Peluang berlakon dalam karya ini ibarat bulan jatuh ke riba. Berbaloi jugalah rasanya menanti beberapa tahun untuk menerajui watak dalam filem. Sampai tulang rusuk saya boleh bergegar disebabkan memberi komitmen penuh terhadap Belukar.

"Kalau selepas ini ditakdirkan hanya sekali bergelar hero menerusi Belukar, rasanya ia cukup memuaskan hati saya," ungkap Bront yang menanam impian berlakon di bawah arahan sutradara punya keunikan tersendiri, Mamat Khalid. Belukar yang akan muncul menjadi sinema pertama menayangkan anak kelahiran Alor Setar, Kedah itu di layar perak memegang peranan utama pasti menjadi pembakar semangat Bront memulakan langkah seterusnya. Atau mungkin, itu satu petunjuk bahawa dunia perfileman Malaysia bakal melahirkan seorang lagi hero baru untuk peminatnya.

Memainkan watak Nik, seorang penyiasat insurans, bekas pengacara Beat TV itu berpendapat karakternya tidak mudah diselesaikan seperti sangkaannya sebelum ini. "Nik berada dalam dilema antara cinta dan kerja dengan wanita Sabah, Eva lakonan Daphne Iking. Dia seorang manusia bercita-cita tinggi dan serius dengan kariernya. Namun, sampai satu tahap dia mula berubah apabila jatuh cinta dengan Eva.


"Saya bernasib baik kerana tidak berdepan masalah berganding dengan wanita jelita, seksi dan menjadi pujaan ramai lelaki seperti Daphne. Cuma pada permulaan latihan sebelum mula penggambaran, saya ibarat patung kerana Daphne cukup ekspresif. "Sejujurnya, saya agak terganggu dan malu berlakon dengan Daphne. Barangkali dia perasan kejanggalan saya lalu Daphne tunjuk lenggok badan biasa. Syukurlah kerana selepas itu saya jadi lebih bersahaja. Tiga hari berada di set, kami sudah boleh serasi dengannya.

"Tidak berani bercakap banyak, selebihnya saya serahkan penilaian orang ramai terhadap mutu lakonan saya dalam filem ini," jelasnya yang bakal melibatkan diri dalam projek filem selanjutnya, Hanyut arahan U-Wei bergandingan dengan aktor tersohor Indonesia, Alex Komang bulan depan. Mengukur paras kepuasan diri beraksi sebagai Nik selepas menonton Belukar yang siap disunting bersama pihak media, Bront tanpa berselindung berkata, masih banyak kekurangan di sana sini perlu diperbetulkan.

"Tidak dinafikan, ada yang harus diperbaiki. Biarpun saya sudah tengok banyak kali dengan pelakon lain, kami rasa ada babak tertentu boleh dibuat dengan lebih baik. Malah, sampai ada rasa hendak buat penggambaran semula demi mencantikkan perjalanan Belukar. "Tetapi, kami tetap rasa okey dengan hasilnya sekarang. Cuma jauh di sudut hati, masih ada rasa kurang puas hati. Bagus juga muncul perasaan macam ini kerana ia adi pendorong kepada saya dan semua pelakon terlibat perbaiki diri pada masa depan," luahnya yang kali terakhir melibatkan diri dalam filem V3: Samseng Jalanan.

Selain Bront dan Daphne, Belukar turut dibarisi oleh Chew Kin Wah, Danny Anwa, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Azhar Sulaiman, Sabrina Hassan, Azwan Kombos, Xavier Fong, Ekin Rahman dan Yazer Yusof (AF3) serta ramai lagi. Untuk mengetahui kelainan Belukar yang menjadikan Sabah sebagai saksi penggambaran selama 24 hari, peminat boleh menyaksikan filem terbitan sulung Preston Zaidan Productions Sdn. Bhd. itu di pawagam seluruh negara bermula 6 Mei ini.




BERITA HARIAN

MUNGKIN pendakian ke puncak kerjaya untuk diangkat sebagai pelakon utama di layar lebar agak perlahan untuk aktor ini. Begitupun, umpama kata orang tua-tua, berada dalam lumpur sekalipun, permata tidak akan hilang kilauannya. Paling tidak, Bront Palarae sebiji permata yang makin terserlah kerlipannya. Memulakan langkah sebagai pelakon tambahan dalam filem Lang Buana arahan Mamat Khalid pada tahun 2003, watak diberikan kepadanya di dalam beberapa filem seterusnya makin berkembang. Filem Setem (2009) dan V3: Samseng Jalanan (2010) memberikan ruang lebih besar untuk Bront atau nama sebenarnya, Nasrul Suhaimin, mempamerkan kebolehan.

Kini, sudah 15 judul filem dilakonkannya, dengan filem terbaru, Belukar arahan Jason Chong bakal memasuki pawagam mulai 6 Mei. Filem terbitan Preston Zaidan Productions Sdn Bhd itu juga mencipta sejarah tersendiri apabila jejaka yang dilahirkan pada 27 September 1978 ini diberikan watak utama. Bukan tidak pernah diangkat sebagai teraju utama, cuma peluang itu sebelum ini datang dalam bentuk drama bersiri seperti Sindarela dan Rona Roni Makaroni. Kedua-duanya pula dilakonkan bersama aktres berbakat Sharifah Amani. "Menjadi pelakon utama drama dan filem ialah dua perkara berbeza. Sebagai pelakon utama sesebuah filem, tanggungjawab yang dipikul juga nyata lebih besar. Tanggungjawab untuk melariskan filem itu menjadi sebahagian kerja kita.

“Temu bual bersama wartawan dan mengikuti sesi fotografi adalah tugasan yang ‘malas’ saya hendak lakukan jika kemunculan hanyalah sekadar satu atau dua adegan," katanya. Sememangnya dimaklumi ramai, Bront seorang jejaka yang lebih suka melihat hasil kerjanya yang ke depan, bukan dirinya sendiri. Dia pelakon yang tidak mahu dikenali peminat menerusi kemunculan pada media massa, bukan kerana lakonannya. Walaupun cara pertama tadi lebih cepat membawa dirinya ke puncak populariti, tetapi Bront mempunyai tahap kesabaran yang tinggi.

"Jika nama saya melonjak kerana kerja seni, tentu sekali saya tidak kisah. Namun, lebih penting tentunya untuk produser filem lakonan saya mendapatkan kembali duit yang sudah banyak dilaburkan," ujar Bront yang turut berbakat dalam penulis skrip dan arahan. Dalam filem Belukar, Bront beraksi di sisi Daphne Iking, Chew Kin Wah, Danny Anwa, Azhar Sulaiman, Sabrina Hassan, Datuk Ahmad Tamimi Siregar, Ray Redzuan Awang, Eyzendy Azmi dan Azwan Kombos. Bront mendukung watak penyiasat untuk syarikat insurans ABG, yang cuba mendedahkan kegiatan penipuan dilakukan Eva (Daphne). Wanita itu pula jatuh cinta pada lelaki terbabit, tanpa mengetahui identiti sebenarnya.

Mengenai cabaran terbesar menjayakan Belukar, Bront memberitahu, konsep keseluruhan filem itu menjadi cabaran hebat buat mereka.



"Ceritanya ada banyak lapisan. Sebahagian pelakon pun sukar memahaminya. Kami berbincang sesama sendiri, apakah sebenarnya babak yang mereka baru jayakan tadi. Kisahnya agak mengelirukan. "Namun, pengarahnya seorang yang pintar. Bagi saya, pencapaian terbaik untuk seseorang pelakon apabila dia berpeluang bekerja bersama pembuat filem yang hebat. Jason mempunyai kesungguhan dan sikapnya itu mengingatkan saya kepada Mamat Khalid. Saya suka bekerja dengan pengarah yang mempunyai kesungguhan seperti mereka," ujar Bront.

Terdahulu, pelakon itu berkata, sebenarnya dia pernah menerima tawaran memegang watak utama dalam sebuah projek lain tetapi watak yang ditawarkan kurang bersesuaian. "Walaupun menolak tawaran itu, tetapi saya tidak halang orang lain daripada melakukannya. Kadangkala, apa yang tidak sesuai dengan kita, mungkin bersesuaian dengan cita rasa pelakon lain.

"Tawaran membintangi Belukar pula umpama bulan jatuh ke riba. Ia datang pada masa yang tepat. Tawaran itu tiba sewaktu saya berada dalam keadaan agak tertekan dan bercuti di Hat Yai, Thailand. Apabila membaca skrip yang dikirimkan, saya mendapati ia cerita yang menarik. Pada saya, projek ini memberikan suatu arah yang baru dalam industri perfileman tanah air," katanya. Mengulas gandingannya bersama Daphne, Bront mengaku dia agak kaku pada awal pertemuan mereka.

"Saya menjadi seperti patung apabila berdepan dengannya ketika kami mengadakan sesi latihan. Maklumlah dia cantik dan seksi. Hari ketiga, kami sudah membiasakan diri. Justeru, apabila tiba ke lokasi, kami tidak sukar menyesuaikan diri,” kata Bront yang tidak malu untuk mengakui agak kekok untuk bergelar pelakon utama.




banner 150×150
award sebagai penghargaan kepada follower copy (tekan ctrl + c) code di bawah & masukkan dalam text blog korang . Kalau nak belajar tutorial blogger award klik sini

<center><a href="http://ceritadimataku.blogspot.com/" target="_blank" title="AWARD PEREKA CERITA"><img style="cursor:pointer; cursor:hand;width: 150px; height: 160px;" src="http://4.bp.blogspot.com/_hH08FYORP2g/S-Kq41G8j3I/AAAAAAAABFQ/sVe4JihYu0o/s1600/award+pereka+cerita.jpg"/></a></center>



Share/Bookmark