Drama Arjuna (1-26 END)


salam... arini aku nak share sinopsis Drama Arjuna. harap jalan cerita drama arjuna ni menarik la coz cerita berunsurkan epik pendekar ni kurang menarik. kalau zaman 90an ada banyak cerita berunsurkan epik pendekar sekarang kurang sangat. yang bestnya drama ni coz ada Nora Danish dan Remy Ishak, tengok nora danish teringat drama sumpah bunian memang ayu giler rupa nora danish bertudung. Remy Ishak ni memang berbakat belakon, lakonanya dalam drama nur kasih pon masih diingati peminat. jumlah episode drama arjuna ni tak diketahui maybe 20 lebih.


SINOPSIS DRAMA ARJUNA (budiey.com)

Pertama kali di TV3, drama bersiri epik “ARJUNA” terbitan KRU Studios akan bertemu dengan para penonton melalui slot Aksi mulai 31 Mei 2010, setiap hari Isnin jam 9.00 malam.

Membariskan barisan pelakon yang popular seperti Remy Ishak, Riz Ainuddin, Nora Danish, Ery Putra, Fikree Bakar, Ana Dahlia, Aman Graseka, Kuswadinata dan Komeng, para penonton akan teruja dengan aksi-aksi para pendekar sakti yang turut dipersembahkan dengan teknik CGI yang canggih.

ARJUNA mengisahkan sebuah alam mistik Samudera yang dikuasai oleh kuasa jahat bernama Gempita Merah. Telah termaktub bahawa seorang pahlawan terbilang bernama Arjuna sahaja yang mampu menewaskan Gempita Merah. Pertembungan Arjuna dan Gempita Merah adalah sesuatu yang paling hebat pernah disaksikan.




Kisah bermula apabila pendita Dzulkarnain mewariskan permata wilis dan pedang Citra Dewata kepada anak muridnya, Adipura dan keturunannya sahaja.

Setelah Grakus dan Gempita berpaling tadah menjadi penjahat. Grakus dan Gempita terus memburu Adipura untuk merampas senjata sakti tersebut. Namun, Adipura sempat menyerahkan permata Wilis kepada kedua-dua anaknya Sutera dan Arjuna sebelum terbunuh dalam pertarungan.



Arjuna dan Sutera diselamatkan oleh adik Adipura, Cintasari. Arjuna diserahkan kepada Sahar, seorang nelayan yang baru kehilangan anak di Kampung Bayu Samudera. Manakala jejak adiknya tidak diketahui.

Selepas 18 tahun, Arjuna telah membesar sebagai seorang jejaka yang tampan, bersopan santun dan menggemari silat. Dalam satu insiden, Arjuna secara tidak sengaja telah menggunakan kuasanya dihadapan orang kampung. Maka, pendita Dzulkarnain dan Grakus sedar akan waris Adipura dan permata Wilis telah ditemui.

Masing-masing telah menghantar pengikutnya untuk mendapatkan Arjuna.

Keluarga angkat Arjuna terbunuh, manakala Arjuna telah mengikut Satria Aduka dan Suria ke Kampung Rembang selepas diberitahu asal usulnya. Arjuna telah berkenalan dengan isteri dan anak Satria Aduka, Mak Bunga dan Sutera. Tanpa mengetahui bahawa Arjuna dan Sutera adalah adik beradik kandung, mereka menjadi sangat rapat dan mesra. Arjuna telah belajar ilmu dan hikmat untuk meningkatkan kesaktiannya. Arjuna juga berkenalan dengan Satria Aduka dan Suria serta Jati yang pakar dalam ilmu ubat-ubatan dan penciptaan.

Rombongan pendekar telah buat persediaan untuk ke bandar diraja untuk bertemu dengan pendita Dzulkarnain. Di sana, Arjuna akan bertemu dengan pendita Dzulkarnain dan cucunya, Cempaka. Bersediakah Arjuna menjadi seorang pendekar sakti yang ditakdirkan untuk menjadi waris kepada permata Wilis? dan pedang Citra Dewata pertarungan antara Arjuna dan Gempita merupakan kemuncak yang pasti mengegarkan dalam drama bersiri ini.

Nak tahu kisah selanjutnya? Kenala tonton episod seterusnya pada setiap malam Isnin jam 9 malam di TV3.



ULASAN DRAMA ARJUNA


Bercerita mengenai Arjuna, Nora mempunyai pengalaman yang sedikit menakutkan ketika menjalani drama terbitan KRU Motion Pictures itu.

Latihan silat selama dua bulan juga memberikan banyak pengajaran yang tidak pernah dilalui sebelum ini.

"Saya rasa Arjuna antara drama yang paling mencabar yang pernah dilakukan. Badan saya jadi lebam-lebam sepanjang penggambaran diadakan dan lokasinya hanyalah di hutan iaitu di Kemensah, Pulau Indah, Hulu Langat, Hulu Yam dan Lembah Pangsun.

"Kami terpaksa meredah hutan dan naik turun bukit. Bagaimanapun ketika berjalan menuju ke lokasi, kami terjumpa sebuah kawasan air terjun yang sangat jernih, cantik sangat.

"Ketika berjalan, salah seorang pelakon Arjuna, Ery Putra berkata, ada 'benda' yang lalu. Tiba-tiba saya dah rasa lain macam. Saya terasa sejuk bermula dari kaki sehingga ke badan dan hati mula berdebar-debar.

"Air mata saya keluar berjurai-jurai. Waktu itu saya dan teman sekeliling membaca surah-surah pendek dan perasaan pelik itu hilang sedikit demi sedikit. Rupanya saya hampir dirasuk. Inilah pengalaman pertama saya berkaitan insiden seperti ini, tuturnya yang membawa watak Cempaka dalam drama Arjuna tersebut.


DOWNLOAD DRAMA ARJUNA
Drama Arjuna Episode 01
Drama Arjuna Episode 02
Drama Arjuna Episode 03
Drama Arjuna Episode 04
Drama Arjuna Episode 05
Drama Arjuna Episode 06
Drama Arjuna Episode 07
Drama Arjuna Episode 08
Drama Arjuna Episode 09
Drama Arjuna Episode 10
Drama Arjuna Episode 11
Drama Arjuna Episode 12
Drama Arjuna Episode 13
Drama Arjuna Episode 14
Drama Arjuna Episode 15
Drama Arjuna Episode 16
Drama Arjuna Episode 17
Drama Arjuna Episode 18
Drama Arjuna Episode 19
Drama Arjuna Episode 20
Drama Arjuna Episode 21
Drama Arjuna Episode 22
Drama Arjuna Episode 23
Drama Arjuna Episode 24
Drama Arjuna Episode 25
Drama Arjuna Episode 26 (TAMAT)



banner 150×150
award sebagai penghargaan kepada follower copy (tekan ctrl + c) code di bawah & masukkan dalam text blog korang . Kalau nak belajar tutorial blogger award klik sini

<center><a href="http://ceritadimataku.blogspot.com/" target="_blank" title="AWARD PEREKA CERITA"><img style="cursor:pointer; cursor:hand;width: 150px; height: 160px;" src="http://4.bp.blogspot.com/_hH08FYORP2g/S-Kq41G8j3I/AAAAAAAABFQ/sVe4JihYu0o/s1600/award+pereka+cerita.jpg"/></a></center>




Share/Bookmark