Drama Loga Maya

salam.. sejak aku start tengok drama penunggu gunung raya aku jadi minat untuk tengok drama dan cerita seram. sekarang ni pon semua stesen tv tengah bersaing menyiarkan drama seram. setiap hari isnin 9.30 malam ada drama suri bakawali di tv9, setiap selasa 11 malam ada drama loga maya di tv2, setiap hari khamis 9.30 malam ada drama roh kembali di tv3. filem seram dari indonesia pon dah banyak kat pawagam. tak lama lagi filem seram tempatan filem 2 alam akan ditayangkan di pawagam. so , ari ni aku nak share sinopsis drama loga maya.


SINOPSIS DRAMA LOGA MAYA (Budiey.com)

Slot drama bersiri seram sememangnya memiliki pengikutnya sendiri. Apatahlagi dengan variasi tajuk dan unsur seram termasuklah membongkar kisah-kisah misteri gangguan makhluk halus, jelmaan wanita cantik, dan gangguan di lebuhraya yang begitu hangat diperkatakan bagi individu yang pernah melalui pengalaman itu sendiri.

Justeru mulai 25 Mei 2010 ini, setiap Selasa, jam 11.00 malam menerusi saluran TV2, RTM bakal muncul dengan slot drama seram bersiri terbaharunya, Loga Maya dalam memenuhi citarasa penonton yang mahukan rancangan bercorak sebegini.

Disiarkan sepanjang 13 episod, slot Loga Maya menampilkan episod-episod berbeza setiap minggu yang membongkar kisah-kisah misteri yang begitu menarik tumpuan masyarakat antaranya episod Penjara yang mengetengahkan kisah seorang isteri yang dihantui gangguan-gangguan misteri setelah ditinggalkan suaminya yang keluar bekerja sebagai kelasi kapal. Sejak itu dirinya mula tidak tenteram hingga terpaksa menumpang di rumah saudara maranya bagi mengelak gangguan.

Menariknya di ketengahkan juga episod di mana menampilkan plot misteri dialami seorang lelaki yang kedekut. Kerana tidak mahu mengeluarkan duit membayar wang tol, dia sanggup melalui jalan lama untuk pulang ke kampungnya. Namun misteri bermula apabila dia tidak sampai-sampai ke kampung sebaliknya bila diperhatikan sekeliling dia masih berada di jalan yang sama meskipun sudah berjam-jam perjalanan.

Slot menarik drama terbitan Global Station Sdn Bhd ini dimulai dengan episod berjudul “Anak” yang mengisahkan watak Nurul, sedang sarat mengandungkan anak keduanya selepas kelahiran Nadia, anak pertamanya kira-kira lima tahun yang lalu. Pada suatu subuh yang hening, tiba-tiba terdengar suara tahun jeritan Nurul memecah kesunyian pagi. Apa tidaknya, bayi dalam kandungan Nurul hilang begitu sahaja.

Kejadian itu mengimbaukan kembali ingatan Saleh, suami Nurul, kepada apa yang telah dilakukannya enam tahun yang lalu. Mereka yang pada ketika itu telah hampir lima tahun mendirikan rumahtangga, masih belum dikurniakan dengan seorang cahayamata. Ini membuatkan hati Saleh meronta-ronta menginginkan anak.

Hampir kesemua usaha mereka menemui kegagalan, membuatkan Saleh semakin terdesak untuk melakukan sesuatu. Atas keinginan yang menggila itu, Saleh telah termakan kisah temannya yang menceritakan tentang sebatang pokok keramat yang kononnya terdapat di dalam hutan di hujung kampung mereka.

Tanpa membicarakan hasratnya dengan Nurul terlebih dahulu, Saleh telah masuk ke dalam hutan itu untuk mencari pokok keramat yang diberitakan. Namun, walaupun Saleh berjaya menemui pokok besar seperti gambaran yang diberikan oleh Zainal, kawannya itu, tetapi Saleh tidak menemui sebarang penunggu seperti yang dikatakannya. Ini merupakan Saleh kesal dan terpaksa keluar dari hutan itu dengan perasaan hampa.

Namun apakah yang menyebabkan bayi Nurul tiba-tiba hilang dari kandungan? Benarkah Saleh tidak menemui ‘penunggu’ itu dan apa sebenarnya yang telah terjadi? Bagaimana pula dengan nasib keluarga Saleh seterusnya?

Pelakon utama drama seram ini termasuklah Nasir Bilal Khan, Mohd Shadan Salleh (Ahdan), Ray Redzuan Awang, Suriati Abu Bakar (Atie AF) dan Ejoy Azari.


TENGOK TV ONLINE
http://ceritadimataku.blogspot.com/2010/01/mari-menonton-tv-mendengar-radio.html



banner 150×150
award sebagai penghargaan kepada follower copy (tekan ctrl + c) code di bawah & masukkan dalam text blog korang . Kalau nak belajar tutorial blogger award klik sini

<center><a href="http://ceritadimataku.blogspot.com/" target="_blank" title="AWARD PEREKA CERITA"><img style="cursor:pointer; cursor:hand;width: 150px; height: 160px;" src="http://4.bp.blogspot.com/_hH08FYORP2g/S-Kq41G8j3I/AAAAAAAABFQ/sVe4JihYu0o/s1600/award+pereka+cerita.jpg"/></a></center>




Share/Bookmark