Drama Roh Kembali ( TV3 )



asalamualaikum... setiap malam aku dan roomate suka tengok drama penunggu gunung raya. aku baru je start nak tengok pas complete download full episod penunggu gunung raya. best tengok cerita hantu setiap malam hehehe... arini aku nak share sinopsis drama roh kembali. drama roh kembali ni drama baru untuk Slot Seram Tv3..xbanyak sgt episod juz 13 episod jer enjoy...



SINOPSIS ROH KEMBALI (WIKIPEDIA)

Zaidi ialah seorang pemuda yang baik dan amat menyayangi isteri dan anak lelakinya. Namun, Zaidi sebenarnya terlibat dalam sindiket jenayah terancang tanpa diketahui oleh keluarga dan rakan baiknya. Walaupun Zaidi hidup dalam kemewahan, dia sering dihantui oleh roh orang mati. Semenjak itu, kehidupan Zaidi tidak pernah tenang oleh kerana dosa-dosanya.

Zaidi sering ternampak roh Lillian Chan, seorang perempuan simpanan Tauke Boon yang sudah mati dibunuh atas arahan tauke itu, berkeliaran di rumah, pejabat atau di mana jua tempat yang dia pergi. Dia menjadi lebih tertekan apabila jirannya, Roslan terbunuh terkena peluru sesat semasa insiden Zaidi sedang bergelut dengan musuhnya.

Zaidi rasa bersalah atas apa yang berlaku terutama sekali apabila isteri Roslan, Maheran terpaksa bekerja untuk menampung kehidupan. Akhirnya, Zaidi didakwa atas kesalahan membunuh Roslan. Isterinya, Zahirah terpaksa menghabiskan wang untuk mengupah peguam handalan Azrin demi membebaskan suami yang tercinta.



SINOPSIS ROH KEMBALI (BUDIEY)

Slot Seram – ROH KEMBALI – Sebuah drama bersiri terbitan JS Pictures dengan pengarah berkaliber Jinggo kembali mengegarkan slot seram di TV3 dengan sebuah drama yang pastinya menggamit perasaan penonton. Roh Kembali mengisahkan sebuah rahsia yang tidak terungkap. Zaidi hidup mewah dengan menjalankan perniagaan sendiri. Isterinya, Zahirah tidak bekerja kerana Zaidi mampu menampung kehidupan mereka sekeluarga. Anaknya, Ehsan bijak dan rajin belajar. Mereka mesra, berbudi bahasa dan disukai jiran tetangga. Namun, Zaidi tidak pernah tenang.

Dia dihantui oleh ‘roh’ orang yang telah mati. Tiada siapa tahu termasuk isterinya bahawa dia terjebak dalam satu sindiket jenayah terancang yang dinaungi Taukeh Boon. ‘Roh’ berkenaan adalah roh perempuan Cina, Lillian Chan yang dibunuh atas arahan Taukeh Boon. Lakonan mantap oleh Fizz Fairuz, Rozie rashid, Zamarul Hisyam, Sheila Rusly, Lisdawati, Razak Ahmad
Roh Kembali akan bersiaran pada 20 Mei 2010 setiap Khamis 9.30malam




ULASAN

Penggambaran siri drama Roh Kembali… mengambil masa 45 hari, segalanya di bawah arahan Azman Yahya @ Jinggo. Pengarah Azman Yahya menegaskan bahawa drama itu tidak menunjukkan tentang keseluruhan rupa hantu sebaliknya hanya ditekankan pada mata atau jari makhluk itu, asalkan dapat membongkar qarin dengan lebih mendalam. Jelasnya, "Bukan senang untuk saya membongkar tentang perkara yang orang Islam patut tahu melibatkan hantu dan syaitan. Penulis skrip Maizura Mohd Ederis banyak merujuk al-Quran dan sunnah kerana kita mahu drama ini bukan sahaja memberikan info tetapi juga menghiburkan."

Pelakon Sheila Rusly, juga suami kepada Azman, menjelaskan unsur keagamaan dalam drama ini: "Roh Kembali… merupakan sebuah jalan cerita yang mengikut sunnah Al-Quran dan ia telah dibongkarkan ke visual untuk tatapan umum. Setiap episod akan kupas satu Surah. Setiap cerita dalam drama ini ada kait-mengait dengan Surah itu."



VIDEO TRAILER DRAMA ROH KEMBALI













banner 150×150
award sebagai penghargaan kepada follower copy (tekan ctrl + c) code di bawah & masukkan dalam text blog korang . Kalau nak belajar tutorial blogger award klik sini

<center><a href="http://ceritadimataku.blogspot.com/" target="_blank" title="AWARD PEREKA CERITA"><img style="cursor:pointer; cursor:hand;width: 150px; height: 160px;" src="http://4.bp.blogspot.com/_hH08FYORP2g/S-Kq41G8j3I/AAAAAAAABFQ/sVe4JihYu0o/s1600/award+pereka+cerita.jpg"/></a></center>




Share/Bookmark