FILEM 2 ALAM




DOWNLOAD FILEM 2 ALAM
Mediafire Part 1
Mediafire Part 2


SINOPSIS FILEM 2 ALAM ( HARIAN METRO)

Seorang daripada penerbit filem itu, Imran Ismail yang juga penulis skrip 2 Alam berkata, sebelum menghasilkan filem itu dia sudah melakukan kajian selama lima tahun. Dek kerana terlalu berminat menyelusuri kehidupan mereka yang sanggup menukar jantina asal menjadi lelaki atau wanita, selain 2 Alam, Imran akan menerbitkan tiga lagi sekuel filem itu.

Antaranya termasuklah filem Cempaka yang tertangguh penggambarannya. Filem arahan Hairie Othman itu sepatutnya mula ke lokasi awal Januari lalu.

2 Alam bermula dengan kisah Haji Ishak (Aaron Aziz) menguruskan jenazah rakan baiknya sendiri yang bertukar jantina daripada lelaki kepada perempuan. Tiga lagi sekuel filem itu turut memberi fokus utama kepada watak Haji Ishak yang menjadi tunggak utama dalam keempat-empat filem itu.

Jelas Imran, 2 Alam bermula dengan perjalanan hidup Adam dan Ishak di mana mereka bersahabat baik sejak kecil. Meningkat dewasa, keluarga Ishak menghantarnya belajar di Mesir dan sekembalinya dia ke tanah air menjadi ustaz dan guru agama di kampungnya. Manakala Adam pula dihantar belajar di United Kingdom dan terpengaruh dengan kehidupan sosial di sana.

Daripada seorang yang dilahirkan sebagai lelaki dia menukar jantina menjadi wanita jelita bernama Amy. Menariknya kedua-dua watak Adam dan Amy itu ditangani pelakon baru dari Singapura, Suhaillah Salam. Selepas 'menjadi' Amy, dia berkahwin dengan lelaki mat salih dan menjalani hidup kebaratan.

Selepas berpisah dengan 'suami' mat salihnya itu, Amy pulang ke tanah air menjadi penyanyi dan pelakon terkenal.

Dia berkenalan pula dengan seorang jejaka yang wataknya dipegang Royadi. Untuk mengetahui apa terjadi pada Amy seterusnya nantikan tayangan filem itu pada Mei ini.

Bagaimanapun apabila ditanya adakah perjalanan hidup Amy seperti Fatin Young yang menimbulkan kontroversi apabila dia 'berkahwin' dengan jejaka dari London, Imran menafikannya.

"Kisah dalam 2 Alam tiada kena mengena dengan sesiapa termasuk Fatin Young dan saya juga tidak begitu mengikuti cerita mengenai Fatin. Saya sudah buat kajian untuk menghidupkan jalan cerita filem ini selama lima tahun dan ketika itu belum pun wujud cerita Fatin.

"Saya menampilkan genre filem seperti ini untuk mewujudkan kesedaran kepada mereka yang sudah tersalah pilih jalan hidup. Elok kembali ke pangkal jalan sebelum Allah s.w.t menjemput kita kembali kepadanya.

"Selepas mati kita akan dihidupkan semula untuk diadili di Padang Mahsyar nanti. Jadi sebelum terlambat, segera bertaubat. Empat puluh peratus jalan ceritanya mengenai kehidupan Amy yang terlalu bebas dan selebihnya perjalanan jenazahnya ke tanah perkuburan.

"Di situlah bermula segala kisah sedih pilu dan tersingkap pelbagai misteri yang membuatkan orang kampung tertanya siapakah Adam atau Amy yang sebenarnya. Hanya ibunya yang tahu siapa anaknya itu," katanya.

Jelas Imran untuk mendatangkan impak yang menarik kepada filem itu, 2 Alam diarahkan dua sutradara, Hairie Othman dan Ed Zarith Z Lokman. Mereka juga menggunakan dua khidmat Pengarah Fotografi, Mohd Nor dan Khalid Zakaria.

"Pembikinan filem itu dibuat dalam dua blok sebelum dan selepas kematian Amy. Blok pertama diarahkan Hairie dengan kerjasama Mohd Nor. Manakala blok kedua arahan Ed Zarith dengan sentuhan fotografi Khalid.

"Pembukaan filem itu dipangung pada Mei ini akan dimulakan dengan Tayangan Malam Gala bekerjasama dengan Yayasan 1Malaysia, pada April ini," katanya.







Amy Search – Salam Terakhir (ost filem 2 Alam)= DOWNLOAD MP3 , VIDEO KLIK

Sampaikan salam buat semua
Salam terakhir salam teristimewa
Kepada kau yang tersayang
Pada teman yang ku kenang
Pemergian ku ini tak dirancang

Usah bertanya mengapa aku
Mengucap salam terakhir kepada mu
Kerna waktu berputaran
Bimbang tak berkesempatan
Melahirkan kerinduan terhadapmu

Demi sebuah kenyataan
Yang amat menyakitkan
Aku yang tidak berdaya
Hanya berserah padaNya

Salam akhir
Salam yang teristimewa
KepadaNya ku memohon keampunan
MelaluiNya ku beri kemaafan
Kepadamu

Andainya aku punya waktu
Masih ku ingin mengulangi semula
Saat indah bersama mu
Sayang tak berkesempatan
Abadikan saja salam ku di ingatan
Salam ku yang terakhir



Ramli Sarip – Anda Ku Tahu(ost filem 2 Alam)= DOWNLOAD MP3 , VIDEO KLIK

Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Ku akan memohon tuhan tolong panjangkan umurku…

Andai ku tahu…
Kapan tiba masaku…
Ku akan memohon tuhan jangan kau ambil nyawaku…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…

Andai ku tahu…
Malaikatmu kan menjemputku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…

Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…
Aku manusia yang takut neraka…
Namun aku juga tak pantas disurga…

Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…



ULASAN FILEM 2 ALAM ( BERITA HARIAN)

Ini berbeza dengan beberapa filem yang ditayangkan sejak awal tahun ini meraih kutipan membanggakan termasuk sebelumnya filem Evolusi KL Drift 2 yang mencecah RM6 juta, manakala Adnan Sempit meraih sehingga RM7.8 juta, manakala V3 Samseng Jalanan dan Semerah Cinta Stilleto pula masing-masing mencatat kutipan RM4 juta dan RM3 juta. Cuma, filem 2 Hati Satu Jiwa arahan Prof Madya Razak Mohaideen yang mula ditayangkan hujung Januari lalu mencatat angka sekitar RM500,000. Seperkara yang paling menarik bagi saya ialah mengenai kehadiran filem berjudul 2 Alam. Hebahan meluas dan promosi filem pertama terbitan dR Movie Productions, yang dikhabarkan oleh penerbitnya, Datuk Dr Che Rozmey Che Din bahawa filem itu bakal ditayangkan 27 Mei ini. Promosi cukup meriah dan meluas menerusi stesen radio dan media cetak dalam ruangan iklan berbentuk advertorial adalah satu pendekatan baru yang dibuat oleh seorang penerbit filem apatah lagi foto diri produser sendiri yang tampil dengan pakaian yang menarik dan bergaya memberi kelianan kepada bentuk promosi sebuah filem. Sambil foto produser sendiri menghiasi ruangan iklan dalam akhbar, Dr Rozmey juga membuat beberapa kenyataan positif dan meyakinkan mengenai sambutan yang bakal diberikan terhadap filem sulung terbitannya itu termasuklah mengenai peluang 2 Alam bakal menjadi filem pecah panggung dengan kutipan RM12 juta. Sasaran kutipan yang diletakkan oleh produser filem itu adalah satu keberanian positif untuk memperlihatkan filem tempatan dapat mencipta sejarah kutipannya di negara ini. Kita puji keberanian Dr Rozmey yang begitu yakin dengan buah tangan pertamanya itu mampu mencipta satu kejutan, mencetuskan fenomena dan mungkin bakal mencipta sejarah baru dalam industri filem. Sememangnya untuk meraih kutipan RM12 juta bukan perkara mustahil sebab ada filem import yang ditayangkan di negara ini pernah mencecah sehingga RM17 juta seperti Transformer, manakala Avatar pula dikatakan mencapai kutipan lebih RM20 juta di Malaysia. filem tempatan sejak zaman P Ramlee hingga kini belum ada yang mampu mencatat kutipan RM12 juta! Tetapi, filem terbitan Dr Rozmey dijangka bakal mencipta kejayaan luar biasa itu. Cuma, kita tunggu dan lihat saja nanti sejauh mana keberanian Dr Rozmey ini akan menjadi realiti.



banner 150×150
award sebagai penghargaan kepada follower copy (tekan ctrl + c) code di bawah & masukkan dalam text blog korang . Kalau nak belajar tutorial blogger award klik sini

<center><a href="http://ceritadimataku.blogspot.com/" target="_blank" title="AWARD PEREKA CERITA"><img style="cursor:pointer; cursor:hand;width: 150px; height: 160px;" src="http://4.bp.blogspot.com/_hH08FYORP2g/S-Kq41G8j3I/AAAAAAAABFQ/sVe4JihYu0o/s1600/award+pereka+cerita.jpg"/></a></center>



Share/Bookmark