Kapoww - Lagenda Astroman (tv series)


salam... sekarang aku dah ada kat UMP yang tercinta. susah gak nak tinggalkan rumahku syurgaku.. meninggalkan masakan mak yang sedap giler, tapi disebabkan PROJECT PSM yang banyak menyeksakan diri ni terpaksa la pulang awal ke UMP. so, aku dah open SHARING UMP, boleh la korang download movie dan drama yang ada dalam sharing aku. sebelum aku balik UMP, aku ada tengok cerita Kapoww - Lagenda Astroman (tv series)yang baru ditayangkan semperna filem Kapoww Atoi The Ajaib Boy yang akan ditayangkan. so, arini aku share sinopsis Kapoww - Lagenda Astroman (tv series) untuk tatapan korang. aku tak pasti jumlah sebenar episod untuk drama Kapoww - Lagenda Astroman (tv series) ni.. ada website yang cakap 15 episod dan ad yang cakap 13 episod. kalau korang nak download ada kat website jiwang



Kapoww!!! Lagenda Astromen Mula Takluk Dunia (mstar.com)

GARA-GARA berlakunya satu letupan luar biasa di sebuah makmal, sekumpulan adiwira tercipta apabila tenaga radioaktif terbebas ke udara. Tambah menyukarkan keadaan, sekumpulan mutasi jahat yang mengancam keselamatan negara pula muncul. Inilah masanya, kejahatan perlu ditentang dan mereka datang untuk menyelamatkan keadaan. Tetapi…siapakah mereka yang sebenarnya?

Drama 15 episod Kapoww!!! Lagenda Astromen menggabungkan lebih 20 orang pelakon baru dan lama. Lebih menarik, apabila majoriti pelakon yang menjayakan drama bersiri itu mempunyai pengalaman dalam menjayakan program televisyen berbentuk komedi.

Kisah Kapoww!!! Lagenda Astromen itu dimulakan dengan memperkenalkan dua watak utama adiwira iaitu Pria Perkasa lakonan Hairi dan Astromen King (Yan).

Pria Perkasa dan isteri, Makcik Power (Nurul) bercita-cita menjadi superhero kerana suatu ketika dahulu telah berlaku suatu kejadian di luar jangkaan, malangnya mereka tidak dapat berbuat apa-apa untuk membantu. Sekarang, mereka mahu melakukan sesuatu dengan cara mereka sendiri.Sementara itu, Astromen King dan keluarganya (isteri dan tiga orang anak) sedang mengalami kesusahan kerana King telah dibuang kerja.

Dalam masa yang sama, satu kumpulan saintis sedang mencipta mesin yang boleh mengeluarkan tenaga alternatif kepada dunia. Ketika dilancarkan, ia telah meletup setelah air kotor daripada mop Auntie Mop (Angeline) jatuh ke atas mesin tersebut lalu gagal berfungsi.

Letupan maha dahsyat telah berlaku di Pusat Sains. Ada yang mati, ada yang cedera teruk dan ada juga yang mengalami mutasi. Pria Perkasa dan isteri akhirnya memperolehi kuasa yang selama ini mereka idam-idamkan. Astromen King, Mak, Along, Angah dan Adik juga memperolehi kuasa.

Walaubagaimanapun, dengan kemunculan kuasa-kuasa hebat ini, muncul juga kuasa-kuasa jahat. Sebahagian daripada mereka yang ada di tempat kejadian menjadi mutasi dan jahat.

Suka atau tidak, superhero-superhero baru ini perlu bertindak untuk menyelamatkan negara, namun mereka masih berperangai gila-gila dan adakalanya bertindak bodoh.

Tanpa disedari oleh sesiapa, ada satu lagi kuasa jahat telah mendarat dan bakal menambahkan lagi kekacauan di seluruh negara.

Saksikan drama bersiri komedi aksi dan slapstik arahan Azizi Chunk Adnan, Kapoww!!! Lagenda Astromen pada setiap Jumaat, pukul 10 malam bermula 7 Mei ini di Astro Ria (saluran 104) bagi mengikuti perkembangan dan usaha adiwira untuk menyelamatkan dunia!




banner 150×150
award sebagai penghargaan kepada follower copy (tekan ctrl + c) code di bawah & masukkan dalam text blog korang . Kalau nak belajar tutorial blogger award klik sini

<center><a href="http://ceritadimataku.blogspot.com/" target="_blank" title="AWARD PEREKA CERITA"><img style="cursor:pointer; cursor:hand;width: 150px; height: 160px;" src="http://4.bp.blogspot.com/_hH08FYORP2g/S-Kq41G8j3I/AAAAAAAABFQ/sVe4JihYu0o/s1600/award+pereka+cerita.jpg"/></a></center>


Share/Bookmark