Kecoh Betul



salam... arini aku nak share sinopsis filem kecoh betul. aku ada dengar OST filem ni boleh la layan.. filem ni nabil yang belakon, so memang mengharap sangat filem ni lawak pecah perut... Filem ni mula ditayang pada 3 jun 2010





Sinopsis Kecoh Betul (Sinema Malaysia)

KECOH BETUL merupakan antara sebuah kisah kehidupan anak-anak muda hari ini. Mengisahkan tiga orang pemuda yang berkawan baik. Aiman, Belon dan Joe bekerja sebagai dispatch delivery order di sebuah restoran makanan segera di ibu kota.

Mereka berdepan dengan cabaran hidup di kotaraya. Kehidupan mereka dikelilingi dengan keseronokan. Cabaran hidup mereka apabila keseronokan tidak dapat dinikmati kerana kekangan kewangan. Semuanya kerana wang. Mereka sanggup melakukan sesuatu perkara tanpa berfikir panjang kerana wang. Tiga sahabat ini obses dengan motor. Kehidupan mereka juga tidak lari dari motor. Ketiga-tiga mereka terlibat dengan aktiviti-aktiviti sosial seperti merempit dan bersukaria. Sehinggalah pada suatu hari mereka tidak dapat memenuhi tuntutan sosial mereka kerana masalah kewangan. Mereka terjebak dalam kancah Ah Long apabila mereka meminjam duit dari mereka. Mereka terpedaya dengan iklan mendapat duit dengan cepat telah terperangkap dalam perangkap Ah Long.

Dalam pada itu, mereka juga menghadapi konflik dalam diri mereka sendiri. Dalam mencari identiti mereka sebenar mereka tidak dapat lari dari kancah percintaan. Aiman jatuh cinta dengan gadis yang pernah ditolongnya akibat kes ragut sebelum ini. Dayana seorang gadis yang pernah diperdaya oleh teman lelakinya sendiri yang merupakan seorang pengedar pil ectasy. Aiman bertekad untuk mengubah hidup Dayana . Belon yang berminat dengan wanita berusia terpikat dengan tuan rumah yang merupakan seorang ibu tunggal, Salmah. Joe pula berusaha memikat anak gadis Salmah, Yatt@Yati yang agak kasar perwatakannya.

Kekecohan berlaku apabila mereka memerlukan wang untuk menyelesaikan hutang mereka. Dayana telah diculik kerana ketiga-tiga mereka tidak berjaya melunaskan hutang.

Mampukah mereka menyelamatkan Dayana? Mampukah mereka mendapatkan wang untuk melunaskan hutang-hutang mereka? Bagaimana mereka mengatasi kekecohan ini?

Semuanya menjadi kecoh, betul punya kecoh dan anda dapat merasai kekecohannya dengan menonton KECOH BETUL.




RIVIEW FILEM KECOH BETUL
http://www.youtube.com/watch?v=b8EqTTiccNk




OST FILEM KECOH BETUL
OST filem kecoh betul (Aweera) = http://www.youtube.com/watch?v=ODLRci8OiOg



ULASAN FILEM KECOH BETUL

Mengenai filem ini, Danielle menyifatkan usaha berani Baldev mampu memberi kelainan kepada genre seumpamanya. Kata Danielle, biarpun filem ini ringan, namun susunan plot menarik mampu menjadi daya tarikan kepada penonton. Penggunaan terma komedi situasi dan sedikit lawak slapstik turut dilaksanakan. Saya sendiri sebenarnya bukan pelawak. Tapi setakat bergurau dengan kawan itu adalah. Di depan kamera, saya akui sedikit kekok melakukan adegan komedi. Saya ini setakat tukang gelak bolehlah. Kalau diberi peluang lagi berlakon komedi, saya tidak teragak-agak untuk melakukannya lagi,” katanya yang turut menanti tayangan filem ... Dalam Botol sekitar Julai dan Magika (September).



banner 150×150
award sebagai penghargaan kepada follower copy (tekan ctrl + c) code di bawah & masukkan dalam text blog korang . Kalau nak belajar tutorial blogger award klik sini

<center><a href="http://ceritadimataku.blogspot.com/" target="_blank" title="AWARD PEREKA CERITA"><img style="cursor:pointer; cursor:hand;width: 150px; height: 160px;" src="http://4.bp.blogspot.com/_hH08FYORP2g/S-Kq41G8j3I/AAAAAAAABFQ/sVe4JihYu0o/s1600/award+pereka+cerita.jpg"/></a></center>



Share/Bookmark