Sayang Cendana




Asalamualaikum .. hari ini aku kebosanan takde kerja nak dibuat time cuti semesta. So, aku abiskan masa dengan menonton movie dan drama, kekadang main edit gambar guna adope photoshop. Bebaru ni aku buat blogger award friendship untuk follower blog ni. So, sesiapa yang sudi boleh la ambik letak dalam blog korang… jom sesama kita kumpul award blogger banyak banyak :)



hari ini nak share pasal synopsis drama sayang cendana yang baru je ditayangkan pada 3 mei 2010. Drama ini 20 episod je. Jalan cerita lebih kurang macam drama Sumpah Bunian, cerita pasal alam fantasy dan percintaan di antara 2 alam yang berbeza, alam manusia dan alam fantasi. Aduis kenapa la drama Melayu suka buat drama macam ini???. Hahaha... puteri dari alam fantasi mesti cantik cantik. Dulu dalam drama Sumpah Buniah ada nora danish. Sekarang dalam drama sayang cendana ada Juliana evans. Korang layan la. Kalau korang nak download drama sayang cendana boleh tengok website download kat SHARING DOWNLOAD UMP



SINOPSIS SAYANG CENDANA (BERITA HARIAN)
Patung Cendana versi TV bersiaran di TV3

MENERUSI Slot Lagenda yang disiarkan TV3 setiap Isnin hingga Khamis jam 4.30 petang, cerita dongeng dari mitos patung Cendana, iaitu Sayang Cendana bakal disiarkan mulai 3 Mei ini menggantikan drama Bila Musang Berjanggut.


Drama 20 episod yang dilakonkan oleh Juliana Evans, Fezrul Khan, Nadia Mustapha, Intan Azura, Shajiry, Kat Mentor, Tony Eusoff, Kuman dan ramai lagi ini diterbitkan Pena Creatives Pictures dan diarahkan oleh Ismail Yaakob serta penghasilan skrip oleh Mazelan Manan.


Sayang Cendana mengisahkan percintaan antara manusia dan Puteri dari alam fantasi. Ia membawa mesej bahawa kesetiaan pada cinta lahir daripada hati yang tulus ikhlas dan bukannya berdasarkan rupa. Buruk akibatnya sekiranya melanggar janji dan mengkhianati insan yang tercinta.



Kisahnya bermula apabila seorang Puteri fantasi, Cendana lakonan Juliana Evans dihukum oleh ayahandanya menjadi patung di alam manusia sehingga menemui cinta sucinya. Cendana terpisah dengan dayangnya Donna lakonan Nadia Mustapha dan muncul di sebuah butik tertinggal. Selepas 30 tahun, premis itu dibeli oleh Amelia.


Amelia dan adiknya, Hakimi terjumpa patung Cendana sewaktu mengemas stor. Hakimi ialah seorang lelaki yang pemalas. Dia mengalami kecacatan di muka dan kakinya tempang sewaktu menyelamatkan kakaknya dulu. Amelia mahu buang patung Cendana tetapi Hakimi pula membawanya pulang. Sementara itu, Donna tidak pernah berputus asa untuk mencari Cendana.


Patung Cendana menjadi peneman Hakimi ketika bosan namun tanpa diketahuinya kasih sayang ikhlas Hakimi terhadap patung Cendana menghidupkan semula Cendana. Akhirnya, Cendana berubah menjadi manusia dan bercinta dengan Hakimi. Dengan kuasa magiknya, Hakimi berubah menjadi seorang lelaki yang tampan.




Hakimi berjanji akan menyintai Cendana dengan sepenuh hatinya. Namun, godaan seorang model, Risya lakonan Kat Mentor mula mempengaruhi Hakimi. Apakah pengorbanan Cendana akan membawa kebahagiaan kepadanya. Adakah Hakimi cinta sejati Cendana.



VIDEO TRAILER : http://www.youtube.com/watch?v=bpJ-p8P-QjE



OST SAYANG CENDANA - CINTA INI (SITI NURHALIZA)
Betapa Engkau Menyintai
Agungkan Aku Bagai Seorang Puteri
Selalu Kau Puja Diriku Ini
Melayang Aku Tak Memijak Bumi

Namun Terkadang Ku Rasakan
Apakah Sikapmu Tak Berlebihan
Aku Wanita Tak Sempurna
Bukan Sekilaunya Batu Permata

Marilah Bersama Jalani Cinta Kita Apa Adanya
Saling Mengerti Dan Sudi Menerima
Kita Manusia Biasa
Marilah Menjaga Kesucian Cinta Rahmat Yang Kuasa
Saling Berpadu Hati Untuk Berdua
Dalam Dakapan Mesra

Nikmati Suka Berbagi Duka
Seiring Denganmu Aku Bahagia
Genggam Jemari Dan Berjanji
Setia Selamanya Sampai Akhir Nanti


banner 150×150
award sebagai penghargaan kepada follower copy (tekan ctrl + c) code di bawah & masukkan dalam text blog korang

<center><a href="http://ceritadimataku.blogspot.com/" target="_blank" title="AWARD PEREKA CERITA"><img style="cursor:pointer; cursor:hand;width: 150px; height: 160px;" src="http://4.bp.blogspot.com/_hH08FYORP2g/S-Kq41G8j3I/AAAAAAAABFQ/sVe4JihYu0o/s1600/award+pereka+cerita.jpg"/></a></center>


Share/Bookmark