Terbelahak



korang ingin bergelak ketawa sampai terbelahak... Pihak Astro telah menyediakan sebuah rancangan hiburan terbaru yang berunsurkan komedi yang menjanjikan korang tergelak. Terbelahak merupakan sebuah sketsa komedi terbaru dari trinini media yang bakal bersiaran bermula 25 Mei ini, pada pukul 9.30 malam di saluran Astro Warna.

Terbelahak mempersembahkan kepelbagaian budaya rakyat Malaysia dalam bentuk sketsa pendek.sesuai ditonton untuk pelbagai peringkat umur penonton. setiap sketsa bercirikan 1Malaysia diarahkan bersama oleh Adlin Aman Ramlie, Soffi G dan Douglas Lim.

Antara pelakonnya, Douglas Lim, Jihan Raja Lawak, Bob Kuman, Rosdeen Suboh, Nadia Mustafa, Anne Abdullah, Sharifah Shahora, Abby Yus, Abby Nazri, Siti Chubby, Atuk, Harry Bordega, Yati, Syazwan Zulkifli, Jay, Ajak, Pak Yahya, Lydia dan Syida.


Share/Bookmark