Brilliant Legacy / Shining Inheritance (TV8)



SALAM... aku tak suka tengok cerita drama korea dan jepun dalam tv coz dah dialih suara jadi bahasa cina?? aku suka tengok di internet jer... takde iklan, boleh tengok full episode serentak, boleh download dan cepat update. arini aku nak share sinopsis drama korea yang dah ditayangkan di tv8 iaitu drama Brilliant Legacy. drama Brilliant Legacy dah tamat. so, korang pon boleh tengok drama ni di internet dah boleh download OST Brilliant Legacy di internet drama ini juga mempunyai tajuk lain iaitu Shining Inheritance


Download OST Brilliant Legacy --->Shining Inheritance OST
Tengok brilliant legacy Online-->Shining Inheritance (eng sub)



SINOPSIS BRILLIANT LEGACY (budiey.com)

Drama cinta penuh romantis ini mengisahkan pasangan yang dulunya saling bermusuhan akhirnya menjadi pasangan kekasih.

Kehidupan Eun Seong yang dilakonkan oleh Han Hyo Ju tidak ubah seperti Cinderella moden apabila dunia indahnya hancur setelah kehilangan keluarga dan harta. Setelah dua tahun menuntut di New York, Eun Seong dipanggil pulang semula ke Korea oleh bapanya.

Kehidupan Eun Seong berubah apabila bapanya Koh Pyeong-jung meninggal dunia. Segala harta telah diambil-alih oleh ibu tiri Eun Seong dan beliau terpaksa menjalani hidup yang agak sukar.

Koh sebenarnya sedang berusaha untuk menyelamatkan syarikat milik beliau daripada bankrap. Suatu hari, Koh telah dirompak dan segala barang miliknya telah dicuri termasuk kad pengenalan dan kad kredit milik beliau. Malangnya pencuri terbabit mati dalam suatu letupan gas. Polis telah mengenalpasti mayat pencuri itu sebagai Koh kerana kad pengenalan Koh berada di tangan pencuri itu.

Apabila Koh mengetahui hal tersebut, beliau mengambil keputusan untuk menyembunyikan diri untuk mengelak dari membayar hutang bank dan merahsiakan status beliau dari keluarga beliau sendiri.

Isteri kedua Koh pula telah mengusir Eun Seong dari rumah dan telah berpindah ke rumah baru bersama anak perempuannya Seung Mi setelah mendapat wang insurans setelah kematian Koh. Eun Seong juga kehilangan adik lelaki kesayangan bernama Eun Woo.

Eun Seong belajar untuk hidup berdikari dan cuba untuk berfikiran positif dan redha dengan segala ketentuan takdir. Setahun sudah berlalu, masih tiada khabar berita dari Eun Woo dan akhirnya Eun Seong mengambil keputusan untuk menyambung pengajian beliau di salah sebuah kolej tempatan. Eun Seong berhenti menjadi pelayan restoran dan mula menjual kuih bola untuk mengumpul duit bagi membayar yuran pengajiannya.

Sementara itu, Jang Sook Ja seorang usahawan makanan terbesar di Korea begitu kecewa dengan sikap cucunya Sun Woo Hwan yang tiada hala tuju dalam kehidupan. Suatu hari, Sook Ja pergi melawat perkampungan orang miskin dan beliau berjumpa dengan Eun Seong yang gigih menjual kuih bola. Kegigihan Eun Seong telah membuka hati nenek Hwan untuk mengambil Eun Seong sebagai cucu angkat dan meletakkan nama Eun Seong sebagai salah seorang pewaris hartanya.

Hwan begitu kecewa dengan keputusan nenek beliau dan selalu bertelagah dengan Eun Seong. Apa yang bakal terjadi seterusnya? Anda harus menonton Brilliant Legacy untuk mengetahui kesudahan drama cinta penuh romantik ini!

Saksikan drama cinta 28 episod ini dari Isnin hingga Jumaat, jam 8.30 malam bermula 12 Mei 2010 hanya di saluran hip 8TV.





banner 150×150
award sebagai penghargaan kepada follower copy (tekan ctrl + c) code di bawah & masukkan dalam text blog korang . Kalau nak belajar tutorial blogger award klik sini

<center><a href="http://ceritadimataku.blogspot.com/" target="_blank" title="AWARD PEREKA CERITA"><img style="cursor:pointer; cursor:hand;width: 150px; height: 160px;" src="http://4.bp.blogspot.com/_hH08FYORP2g/S-Kq41G8j3I/AAAAAAAABFQ/sVe4JihYu0o/s1600/award+pereka+cerita.jpg"/></a></center>



Share/Bookmark