Detik 12 Malam




salam.. arini aku tak tahu nak share apa dalam blog ni.. blog ni dibuat untuk memudahkan student ump download dalam sharing aku.. ip address selalunya akan clash dengan ip address orang lain. so aku terpaksa tukar ip address selalu. blog ni sebagai tempat untuk dirujuk jika aku tukar ip address sharing. arini aku share sinopsis drama detik 12 malam.


FACEBOOK :
DETIK 12 MALAM



SINOPSIS DETIK 12 MALAM (MSTAR)

BAGI penggemar drama bersiri Bilik No 13 pastinya merindui drama yang penuh misteri, suspens dan seram itu. Namun, kerinduan itu akan dapat diubati apabila drama bersiri berkonsep serupa berjudul Detik 12 Malam muncul.

Penerbit dan pengarah Anwardi Jamil yakin drama terbarunya itu bakal menjadi pengubat rindu kepada penonton Bilik No 13 yang telah tiga kali diulang siar di RTM.

Drama itu juga pernah mencecah 1 juta penonton setiap minggu semasa kali pertama ditayangkan pada dua tahun lalu.

“Di sebabkan drama bersiri Bilik No 13 mendapat sambutan yang menggalakkan suatu ketika dulu, saya kembali terpanggil untuk menerbitkan drama bersiri Detik 12 Malam. Drama ini boleh menghilangkan rindu kepada penonton Bilik No 13.

“Konsep ceritanya lebih kurang sama seperti siri popular itu dan The Twilight Zone. Istimewanya, drama ini tidak memenatkan penonton. Setiap minggu ceritanya berbeza-beza tetapi ada pertalian antara satu sama lain.

“Ceritanya mengisarkan tentang Anis, penulis skrip yang suka mencari cerita-cerita aneh. Dari situ, dia terserempak dan berbual dengan seorang pak cik” katanya kepada mStar Online.

Dengan mempertaruhkan pelakon lama dan baru, Anwardi turut menyerapkan konsep 1 Malaysia menerusi barisan pelakonnya termasuk pelakon Cina dan India.

“Watak Anis dilakonkan oleh pelakon baru iaitu Eva Evanina berusia 21 tahun. Ini merupakan drama pertama lakonannya tetapi sebelum ini dia pernah berlakon dalam sebuah filem pendek. Saya mencungkil bakatnya setelah menonton filem pendek itu di Internet.

“Sebelum ini dia pernah bekerja sebagai penyunting video di sebuah syarikat produksi. Tetapi dia juga meminati bidang lakonan. Selain bakat dan lakonan yang sangat matang, tidak dinafikan wajahnya kacukan Melayu-Siam-Cina menjadi tarikan dan bonus untuk terpilih sebagai pelakon utama drama itu.

“Dia digandingkan dengan Ridzuan Hashim yang melakonkan watak pak cik yang penuh misteri dalam drama itu,” katanya lagi.

Pelakon lain adalah Anne Abdullah, Dila Ahmad, Beto Khushairi, Aziz M Osman, Lufya Omar dan Min Jian.

Menariknya mengenai drama itu, Anwardi menghasilkan genre seram dan misteri dari sudut yang berbeza.

“Saya tak buat cerita hantu berambut panjang dan berkuku panjang tetapi seram dan suspensnya wujud dari jalan cerita dan suasana,” ujarnya.

Drama terbitan ManjaFilms Sdn Bhd itu sedang menjalani proses adunan suara dan berkemungkinan akan disiarkan selepas Hari Raya Puasa tahun ini.

Selain Anwardi, drama yang memakan masa empat bulan tersebut turut diarahkan oleh anaknya, Aidil Abadi, Ken Yap, Alfard Lai dan Top Ali manakala skripnya ditulis oleh Anwardi, Aidil dan Ken.



Share/Bookmark