DRAMA DEA SOFEA (TV2)

salam.. ramai lak yang request movie dan drama.. sori la, aku memang tengah malas nak update sharing.. korang layang je la cerita yang ada kat dalam sharing aku 2.. klu korang nak tahu cara nak download movie boleh datang jumpa aku.. rahsia ni xleh disebarkan hahaha.. nnt pihak UMP block lak. dah la sekarang ni UMP dah block TV dan Radio Online.. aku nak juga cakap terima kasih kat korang yang support blog ni.. dengan hanya berbekalkan usia sebenar blog (16/10/2009) yang kurang setahun blog ni dah cecah 1000 follower gak akhirnya.. aku dah tukar badge blog ni coz badge sebelum ni ada ciri2x freemason..wokay la.. arini aku nak share sinopsis drama Dea Sofea yang ada 13 episode..

SINOPSIS DRAMA DEA SOFEA (BUDIEY.COM)

Sofea merupakan anak tunggal kepada Bakri. Ibu Sofea sudah lama meninggal dunia. Bakri memiliki sebuah syarikat peruncitan barangan makanan beku untuk kegunaan domestik dan merupakan seorang usahawan yang sederhana. Setelah kematian isteri, Bakri memberi tumpuan penuh kepada Sofea dan tidak memikirkan hal perkahwinan demi sayangnya kepada anak tunggalnya itu. Dia mahu Sofea membesar dengan sepenuh kasih sayangnya.

Sofea baru saja menamatkan pengajian dan mula bekerja sebagai Pembantu Pengurus Akaun di syarikat milik Rashid, rakan lama ayahnya. Sofea bukan tidak mahu terus menyertai syarikat ayahnya selepas tamat pengajian tetapi mahu bekerja di tempat lain untuk mencari pengalaman terlebih dahulu. Bakri bersetuju, apatah lagi Sofea bekerja di syarikat rakan baiknya sendiri.

Hubungan Sofea dengan Rashid juga cukup baik. Rashid menganggap Sofea bagaikan anak sendiri. Syarikat milik Rashid yang memberi tumpuan kepada penjualan kereta terpakai dan barangan alat ganti itu semakin berkembang dan Sofea tidak kekok menjalankan tugasnya dengan pengawasan oleh ketuanya, Bakhtiar. Bakhtiar yang juga orang kepercayaan Rashid, nyata pemuda yang cukup komited dalam tugas dan seringkali kagum dengan hasil kerja yang ditunjukkan oleh Sofea. Rashid juga nyata gembira dengan prestasi Sofea dalam tugasnya walaupun baru saja menyertai syarikat itu.

Bakhtiar sudah pun bertunang dengan Maira, seorang model sambilan yang semakin laku di pasaran komersil. Apabila Sofea menjadi pembantu Bakhtiar, Maira nyata berprasangka buruk dan mula mencurigai Bakhtiar.

Bakri pula tenang menghadapi kehidupan. Pada satu majlis keramaian, dia diperkenalkan dengan Kamelia, wanita cantik muda jelita yang baru saja berpisah dengan anak seorang hartawan ternama. Rakan baik Bakri yang memperkenalkan mereka iaitu Lubis, beberapa kali memujuk Bakri supaya mencari pengganti arwah isteri.

Sofea berhubungan baik dengan Airil, pemuda sekolej dengannya hingga selesai pengajian. Airil telah pun bekerja sebagai wartawan di sebuah majalah yang memberi tumpuan kepada dunia lelaki. Bergaji tetap dan kreatif dalam penulisan, Airil cukup gembira kerana sudah pun mampu menyara keluarganya.

Airil berjumpa Sofea dan ucap tahniah kerana Sofea sudahpun menjadi orang pegawai ternama di syarikat Rashid. Sofea juga ucap tahniah pada Airil kerana berjaya menjadi wartawan dan mempersiapkan diri untuk mencapai cita-citanya menjadi penulis terkenal satu hari nanti. Namun tiada cinta yang terluah. Mereka tetap berkawan baik. Saling memberi pandangan dan nasihat.

Sementara itu Kamal, abang kepada Kamelia baru saja keluar penjara. Kamal berpakat dengan Kamelia untuk mendapatkan kehidupan yang senang. Kamal menyuruh Kamelia memikat Bakri tetapi nampaknya Bakri ‘liat’. Dia lalu mencuba sedaya upaya untuk menarik perhatian usahawan kaya itu.

Konflik cinta berlaku apabila Sofea telah diserang oleh Fauziah, bekas tunang Baktiar yang marah kerana Baktiar memutuskan pertunangan mereka. Disebabkan itu Fauziah mula menjauhkan diri daripada Baktiar apatahlagi ketika itu hubungannya dengan Airil mula rapat.

Drama yang turut menyelitkan isu pinjaman wang haram dan konspirasi merampas perniagaan dengan taktik kotor ini disiarkan mulai 3 Jun 2010, setiap Khamis, jam 9.30 malam di TV2.




RTM2






Online Live TV



TEKAN PLAY UNTUK MENONTON TV & KLIK 2KALI PADA SCREEN UNTUK FULLSCREEN...

PERHATIAN!!
sesetengah radio dan tv..anda perlu install plugin terlebih dahulu untuk mendengar:
KLIK PLUGIN RADIO & TV ONLINE



MARI MENONTON TV & MENDENGAR RADIO !!
KLIK PADA GAMBAR & PILIH RADIO ONLINE & TV ONLINE !!















banner 150×150
award sebagai penghargaan kepada follower copy (tekan ctrl + c) code di bawah & masukkan dalam text blog korang

<center><a href="http://ceritadimataku.blogspot.com/" target="_blank" title="AWARD PEREKA CERITA"><img style="cursor:pointer; cursor:hand;width: 150px; height: 160px;" src="http://4.bp.blogspot.com/_hH08FYORP2g/S-Kq41G8j3I/AAAAAAAABFQ/sVe4JihYu0o/s1600/award+pereka+cerita.jpg"/></a></center>








Share/Bookmark