I Hate Valentine's Day



arini aku nak share lagi sinopsis filem english.. aku share sinopsis ni dari utusan malaysia. filem percintaan tapi bagi aku kalau nak tengok filem percintaan baik tengok filem & drama dari korea lagi best. hoho... aku sebenarnya baru nak start tengok cerita ni.. hihihi.... ok tengok filem sampai tertido


Apabila kesumat bertukar cinta (utusan online)


DENDAM terpendam dalam diri Genevieve (lakonan Nia Vardalos) yang geram dengan perlakuan lelaki curang menyebabkan pintu hatinya tertutup untuk menerima cinta daripada mana-mana lelaki. Masih terbayang-bayang di ingatan ratapan ibunya selepas mendapat tahu tentang kecurangan bapanya. Perbuatan bapanya itu banyak menyedarkan dia tentang perangai lelaki, sekali gus membuatkan dia betul-betul fobia untuk jatuh cinta.

Baginya, dia lebih gemar menggunakan istilah berteman sahaja. Cara itu paling selamat dan apa yang penting, hatinya tidak disakiti. Ia juga memberi kebebasan kepada penjual bunga ini untuk berteman dengan mana-mana lelaki yang diingininya.

Namun, setiap lelaki yang dijanji temu itu hanya kekal untuk lima pertemuan sahaja. Tidak lebih daripada itu. Dia mencipta teorinya sendiri iaitu 'sekiranya tiada lagi suasana romantis, maka dia perlu angkat kaki'. Berpuluh lelaki yang pernah menjadi temannya dan semua menemui titik noktah.

Perlakuan peliknya itu bagaimanapun berubah selepas bertemu dengan Greg (lakonan John Corbett). Lelaki ini berwatakan baik, kelakar dan sederhana. Bersama lelaki ini, dia tercabar kerana Greg secara dasarnya bukan seorang lelaki yang romantis.

Cubaan demi cubaan dilakukan oleh Greg untuk menawan hati Genevieve. Pelbagai cara digunakan untuk menambat hati wanita tersebut. Itu tidak termasuk beberapa kejutan khas untuk menambat hati Genevieve.

Pada masa yang sama, Greg tidak menyedari perbuatannya itu secara tidak langsung telah membuka hati Genevieve untuk menerima cinta lelaki itu. Konflik terjadi apabila mereka tidak meluahkan isi hati dan saling memendam perasaan masing-masing. Ini kerana mereka pertahankan perasaan ego dan mahu terus berpegang kepada prinsip yang dicanangkan oleh Genevieve.

Secara keseluruhan, filem I Hate Valentine's Day satu naskhah yang menghiburkan kerana genre yang diketengahkan berbentuk komedi romantik. Suntikan emosi antara pasangan kekasih banyak disumbatkan pada setiap babak. Jadi tidak hairanlah sekiranya filem berdurasi 90 minit ini diklasifikasikan dalam kategori PG13.



Share/Bookmark