NA O MEI (TV3)


Salam... arini aku tak tahu nak share sinopsis apa kat korang... so, aku share 1 sinopsis drama sebelum adamaya iaitu sinopsis drama Na O mei.. aku dah letak drama na o mei dalam UMP SHARING aku. so, korang boleh download sementara aku masih open sharing ni.. aku tak boleh nak komen drama ni coz aku takde masa nak tengok drama ni.. ada banyak sangat episod.. so, korang leh layan pelahan lahan...

SINOPSIS DRAMA NA O MEI (wikipedia)

Ia mengisahkan wanita tabah yang harus mengharungi liku-liku hidupnya untuk mencari kebahagiaan. Diilhamkan dari kisah benar mengenai gadis Siam yang berkahwin dengan lelaki Melayu dan mempunyai anak dinamakan Na O Mei.Na O Mei mengisahkan gadis Thai yang datang ke Malaysia sebagai pembantu rumah dan jatuh hati pada anak majikannya, Azhar serta memeluk Islam.

Na O Mei atau Aishah, berhadapan pelbagai liku hidup lebih-lebih lagi apabila dia disahkan mengandung. Dia disangka membuat onar dan dihalau dari rumah majikannya.Apapun, bayi dalam kandungannya adalah anak hasil perkongsian hidup dengan Azhar yang belajar di luar negara dan diberi nama Na O Mei.

Na O Mei diberikan kepada keluarga angkat.Na-O-Mei atau nama Islamnya kini Aishah, tabah menjalani hidup sendirian untuk menyara dirinya dan bayi dalam kandungan, sehinggalah saat dia melahirkan bayinya seorang diri di sebuah rumah kosong. Aishah menamakan anaknya Na-O-Mei juga, dengan harapan Azhar dapat bertemu dengan anak mereka dan menyatukan kembali kasih sayang mereka.

Aishah terpaksa berpisah dengan anaknya demi mencari rezeki dan kerana dia tidak mahu mereka yang irihati dengannya menemui anaknya, Na-O-Mei.Aishah berkahwin kali kedua dengan Ayie dan melahirkan anak bernama Camelia.Aishah tidak menyukai Camelia kerana anaknya lahir selepas beliau dirogol oleh suaminya.Suami kedua Aishah adalah seorang yang panas baran dan kaki pukul.

Cerita berlanjutan sehingga Na O Mei dewasa. O Mei bekerja di sebuah resort bersama-sama abangnya (anak angkat emaknya)dan berjumpa dengan Camelia, Arina dan Arman. Konflik cinta berlaku antara tiga wanita dalam drama ini. Pada mulanya Reza mencintai Na O Mei dan ingin mengahwininya. Ini kerana Na O Mei dilihat mempunyai ciri kewanitaan yang diinginkannya. Apapun, perasaan Reza ditolak Na O Mei yang memintanya mencintai Camelia. Cuba mencintai Camelia, ternyata jiwa Reza tidak sesuai dengan Camelia yang berperwatakan kasar. Kemudian, muncul pula Arina yang juga rakan baik Na O Mei. Bertemu Arina, ia membuat Reza terkenang cinta pertama dan tunangnya yang meninggal dunia kerana dirogol. Wajah Aniza yang seiras arwah tunang Reza menyebabkan cintanya mula berputik kembali. Apakah kesudahan cinta Reza dan Na O Mei? Bagaimana pula hubungan O Mei dengan Camelia dan Arina?


Share/Bookmark