Sayau Di Kapit (RTM1)



Salam jumaat.. jumaat lepas aku ada share sinopsis telefilem timothy.. arini aku nak share telefilem sayau di kapit. tema telefilem sayau di kapit sama seperti telefilem timothy iaitu bertemakan hari gawai. pelakon kebanyakan darisemenanjung telah dibawa ke kapit. best jadi pelakon boleh melancong. harap korang enjoy dengan telefilem ni

SINOPSIS SAYAU DI KAPIT
(budie.com)

Pelakon-pelakon yang sememangnya berasal dari semenanjung seperti Puteri Fateen Nasuha, Hasfarizal Ayub, Siti Aishah Bujang dan Abu Bakar Bin Omar di bawa ke Kapit, Sarawak menghayati watak cuba untuk mengenali ‘Hari Gawai’ yang sebenarnya.

Segalanya berpunca daripada keinginan Laila, seorang gadis baru menjejakkan kaki di sebuah kolej tempatan diwajibkan membuat `public speaking` tetapi Laila buntu dan tak tahu apa yang harus dilakukannya. Laila secara sepontan bersuara pada pensyarahnya tentang hari-hari perayaan yang ada di Malaysia terutama Hari Gawai.

Teman-teman sekelasnya mentertawakan Laila yang menyebut tentang Hari Gawai untuk dijadikan sebagai bahan ‘public speaking’. Malah kesemua mereka mentertawakan Laila kerana beranggapan tajuk dipilihnya tak ada langsung nilai komersial. Kejadian itu membulatkan tekad Laila untuk buktikan usahanya berhasil.

Laila kemudiannya memutuskan untuk pergi menyelidiki sendiri erti Hari Gawai yang sebenarnya di Kapit, Sarawak namun perjalanan tidak mudah kerana dia terpaksa bergerak berkumpulan dengan musuhnya, Masha dan Aaron. Masha sering menyemburuinya manakala Aaron pula sering berperang mulut dengannya. Selain itu Laila terpaksa membawa sekali datuknya, Haji Salam yang diminta keluarga untuk menemaninya.

Sepanjang perjalanan banyak peristiwa terjadi apatahlagi dengan kerenah Haji Salam yang sudah nyanyuk dan pekak. Mereka memberikan sepenuh tumpuan untuknya. Ketika itu Laila mula mencari info tentang Pesta Gawai untuk projeknya itu. Bermula dari situ Laila mula tertarik dengan sejarah Pesta Gawai. Beberapa soalan serta nota telah disenaraikan sebagai persediaan ketika di sana.

Haji Salam jadi penghibur mereka kerana `keistimewaannya’. Panggilan Pak Salam merapatkan lagi hubungan mereka semua. Ketika itu Laila mengetepikan perasaan kurang senangnya terhadap Aaron dan Masha kerana ingin menyelesaikan tugasannya tanpa sebarang masalah. Ketika di rumah Masha, baru Laila tahu Aaron dan Masha adalah adik-beradik kembar. Kehadiran Haji Salam menceriakan keadan lagi.

Keesokkan hari nya mereka sudah bersedia dengan projek gawai Laila. Mereka akan ke Rumah Panjang. Mereka sampai di tempat menaiki boat laju dari Sibu ke Kapit. Haji Salam begitu teruja sekali dengan keindahan bumi kenyalang itu. Haji Salam berjalan sendirian melihat sekitar kawasan sementara mereka berempat sedang sibuk membeli tiket dan sedikit makanan sepanjang perjalanan mereka nanti.

Namun apakah yang terjadi kemudiannya apabila Haji Salam tiba-tiba hilang? Adakah Laila akan meneruskan hasratnya?

Bagi anda yang ingin sama-sama mengenali maksud sebenar ’Hari Gawai’ ini, luangkan masa anda menonton Sayau Di Kapit (5 Jun 2010) mengisi slot Panggung 1 yang disiarkan jam 3.05 petang di TV1.

TENGOK TV1 ONLINE


RTM1






Online Live TV



TEKAN PLAY UNTUK MENONTON TV & KLIK 2KALI PADA SCREEN UNTUK FULLSCREEN...

PERHATIAN!!
sesetengah radio dan tv..anda perlu install plugin terlebih dahulu untuk mendengar:
KLIK PLUGIN RADIO & TV ONLINE




MARI MENONTON TV & MENDENGAR RADIO !!
KLIK PADA GAMBAR & PILIH RADIO ONLINE & TV ONLINE !!















banner 150×150
award sebagai penghargaan kepada follower copy (tekan ctrl + c) code di bawah & masukkan dalam text blog korang

<center><a href="http://ceritadimataku.blogspot.com/" target="_blank" title="AWARD PEREKA CERITA"><img style="cursor:pointer; cursor:hand;width: 150px; height: 160px;" src="http://4.bp.blogspot.com/_hH08FYORP2g/S-Kq41G8j3I/AAAAAAAABFQ/sVe4JihYu0o/s1600/award+pereka+cerita.jpg"/></a></center>








Share/Bookmark