The Vampire Dairies (TV8)



salam arini aku nak share sinopsis drama english iaitu The Vampire Dairies. korang suka layan citer seram kan... aku xminat cerita seram dari barat ni coz kebanyakkan berunsur pembunuhan kejam. korang yang minat tengok darah boleh la layan drama ni.bermula hari semalam. ada 22 episod rasanya.



SINOPSIS THE VAMPIRE DAIRIES (bharian)

DEMAM cerita seram mula melanda. Sudahkah anda semua bersedia? 8TV akan menyiarkan drama bersiri The Vampire Diaries yang mendapat sambutan hangat di Amerika Syarikat secara eksklusif untuk peminat di Malaysia bermula bulan depan.

The Vampire Diaries, drama bersiri fantasi seram Amerika yang diadaptasi daripada novel LJ Smith. Walaupun siri drama ini banyak berkisarkan mengenai remaja namun ia juga menyelitkan unsur kematangan dan mengupas pelbagai isu kompleks yang pasti membuat anda melekat di kaca televisyen anda. Drama ini juga berjaya menyuntik nafas baru pada setiap watak yang diadaptasi daripada novel asal.

Kisah bermula apabila seorang gadis muda yang cantik Elena Gilbert (Nina Dobrev) yang kembali ke Mystic Falls High School selepas kematian tragik ibu bapanya. Elena yang tinggal bersama dengan emak saudaranya Jenna terpaksa memikul tanggungjawab menjaga adik lelakinya Jeremy Gilbert (Steven R. McQueen) dan bergelut untuk menyelesaikan segala masalah yang dihadapi mereka berdua.

Hari pertama persekolahan Elena disifatkan sebagai hari yang agak sukar, namun segalanya bertukar sebaik sahaja beliau bertemu dengan pelajar baru yang cukup misteri, Stefan Salvatore (Paul Wesley). Elena kelihatan cukup selesa berkawan dengan Stefan kerana Stefan cukup faham dengan situasi yang dihadapi Elena. Namun apa yang tidak diketahui Elena ialah Stefan sebenarnya menyimpan rahsia besar yang tidak diketahui oleh sesiapa.

Stefan sebenarnya drakula yang dahagakan darah manusia, namun dia menggantikannya dengan darah haiwan sebagai makanan untuk terus hidup. Pada masa yang sama, Damon Salvatore (Ian Somerhalder) abang kepada Stefan kembali ke Mystic Falls bagi menunaikan janjinya untuk mengganggu kehidupan adiknya.

Elemen seram dan drama yang terdapat dalam The Vampire Diaries adalah formula yang cukup berkesan untuk menarik minat remaja dan keluarga menonton drama ini.
Jangan lupa menonton The Vampire Diaries setiap Selasa bermula 1 Jun ini jam 9.30 malam. Anda juga boleh menonton 8TV di saluran Astro 708. Saksikan program 8TV dengan mendaftar masuk ke mobile.8tv.com.my melalui telefon bimbit atau kunjungi lama www.8tv.com.my.



Diari pontianak di kaca TV (utusan online)

TERKENAL sebagai stesen televisyen hip dan urban, 8TV pada tahun ini melangkah dengan lebih yakin apabila menampilkan drama bersiri Hollywood terbaru, The Vampire Dairies.

Drama yang diadaptasi daripada novel tulisan L. J. Smith itu menjadi kegilaan remaja wanita Amerika Syarikat (AS) apabila menggandingkan dua jejaka kacak, Paul Wesley dan Ian Somerhalder bersama pelakon jelita, Nina Dobrev.

Mula ditayangkan di AS tahun lalu, drama tersebut mendapat respons baik di kalangan peminat cerita seram sehinggakan mampu melonjakkan populariti ketiga-tiga pelakon utamanya.

Bermula 1 Jun ini, penonton berpeluang menyaksikan drama seram penuh aksi dengan sulaman elemen percintaan yang sungguh romantik itu di saluran 8TV bermula pukul 9.30 malam.

Pengurus Besar 8TV, Lam Swee Kim berkata, stesen tidak mahu ketinggalan menyajikan drama terbaik untuk tatapan penonton setia saluran itu.

"Diharap dengan penyiaran drama yang mempunyai ramai peminat ini mampu menarik minat penonton Malaysia sekali gus menaikkan rating tontonan 8TV.

"Drama ini menyasarkan penonton di kalangan orang dewasa terutamanya remaja yang menggemari sebuah jalan cerita yang penuh cabaran dan suspen," katanya yang ditemui ketika majlis pratonton drama tersebut di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.


Share/Bookmark