Age of Glory 2 (NTV7)




Sinopsis Age of Glory II (Budiey.com)

Adegan pertama bermula sekitar tahun 1938 ketika aliran penghijrahan bangsa Cina ke arah “Nanyang” atau ke rantau selatan daripada negara China masih berterusan. Seperti di musim pertama, Debbie Goh memegang watak seorang penyanyi, tetapi kali ini wataknya penyanyi opera Ye Feng Yi.

Aenie Wong pula memegang watak seorang cikgu muda yang bersemangat tinggi Zheng Pei Qi yang mendapatkan pelajarannya di UK. Hishiko melakonkan watak Wan Yue, isteri kepada Zhang Da Qing. Watak Wan Yue memerlukan Hishiko berlakon sebagai seorang yang lemah-gemalai, setia dan lembut hati.

Jalan cerita Age of Glory II memaparkan kesusahan dan rintangan generasi pertama bangsa Cina yang berhijrah ke Malaya yang kebanyakkannya datang sehelai sepinggang dan hanya berbekalkan semangat kental untuk berjaya. Dengan semangat tidak mudah putus asa mereka, mereka berusaha mengecapi kejayaan di negara orang walaupun berdepan dengan Perang Dunia II, rejim Jepun dan penjajahan British. Kisah pergolakan hidup mereka dalam mengejar impian dan percintaan disertakan penggunaan lokasi, set dan busana yang memaparkan era berkenaan akan pastinya menarik hati penonton.

Age of Glory II akan keudara setiap hari Isnin hingga Khamis, bermula 14hb Jun 2010, dari pukul 10.00 malam sehingga 11.00 malam.