Drama Fighting Spiders (ntv7 )





Sinopsis Fighting Spiders (berita harian)

KISAH tiga remaja yang terperangkap dalam konflik cinta, jatuh hati, pemberontakan dan pengembaraan adalah antara menarik dalam drama bersiri Fighting Spiders yang disiarkan di ntv7 setiap Isnin, bermula 5 Julai, jam 8.30 malam.

Set penggambaran di Singapura dengan latar masa era tahun tahun 60-an, di kawasan perkampungan luar bandar dan jalan yang sibuk di Chinatown, drama 13 episod ini membawa perubahan usia.

Ia menampilkan tiga remaja lelaki iaitu Soon Lee lakonan Edwin Goh, Charlie (Liang Shijie Jason) dan Peter (Frederick Fielding) yang mana persahabatan mereka diuji ketika berada di Malaysia dalam misi mencari dan membawa pulang Raja Labah-labah, untuk mencabar musuh mereka yang suka membuli iaitu Ah Huat.

Setiap episod drama ini mengisahkan pengembaraan remaja lelaki ini dalam dunia layang-layang, ikan laga, melawan labah-labah, cinta pertama dan jatuh hati, nafsu remaja dan pemberontakan.

Drama ini juga turut membawa kisah peninju amatur iaitu Tony Lee (Andie Chen) berusia 21 tahun, iaitu abang sulung Soon Lee. Dia menyertai geng Chinatown untuk menyara ibunya yang sakit. Tony memberi contoh yang baik kepada adiknya. Tapi pada waktu lain, dia juga dipaksa menyertai kegiatan geng ganas.

Tony kemudian jatuh cinta dengan pemain cello cantik, Annie (Ezann Lee), tetapi dengan beberapa perubahan sikap membawa dia kepada pelacur cantik, Susi (Rebecca Lim) yang melakukan aktiviti itu merah Keong Saik Street juga di Chinatown. Ini juga membuatkan Soon Lee menjadi berani, pemberontak, tidak penyabar dan seorang yang sombong.