Drama Legacy Of Time (TV2)





Sinopsis Legacy Of Time (Budiey.com)

Kisah Legacy Of Time dalam 26 episod siarannya ini bermula dengan plot cerita berkaitan syarikat Wei Jing Group’s yang meraikan kejayaan perniagaan pertengahan tahun syarikatnya dengan jamuan makan malam yang meriah.

Pengerusinya dikenali sebagai Liu QiMin dan pihak pengurusan syarikat juga keluarga yang hadir begitu gembira meraikan tetamu yang hadir malam itu. Apatahlagi mereka bergembira meraikan kejayaan yang dirai hasil usaha penat lelah mereka sepanjang tahun itu.

Kenyataannya bermula majlis keraian malam itu, maka bermulalah episod suka duka melibatkan kekeluargaan, perniagaan dan hubungan cinta yang terjalin dalam drama ini untuk dirungkai bersama.

Ketika itu muncul pesaing terdekat syarikat Wei Jing iaitu Ding Shang Group yang kemudiannya pula mula memberikan persaingan apabila melantik pengarahnya yang baru iaitu Xu Ding Guo. Mereka mula merangka strategi baru dengan kehadiran pengarah baru itu untuk mengancam syarikat yang mula menampakkan hasil kejayaan seperti dikecapi Wei Jing. Kumpulan syarikat ini hadir malam itu untuk mengucapkan tahniah kepada syarikat Wei Jing dengan pendekatan dan cara berbeza daripada biasa.

Pada masa sama, anak lelaki Liu yang sulong pula berdepan dengan situasi ancaman daripada ’jerung’ tempatan yang cuba untuk menjatuhkannya. Ketika ini bermulalah konflik yang mula mengganggu-gugat keharmonian keluarga ini. Hakikatnya di sinilah bermula ujian yang menentukan sejauh mana mereka utuh sebagai satu keluarga dalam meneruskan kehidupan seharian.

Drama dipenuhi babak-babak menarik ini menyaksikan lakonan penuh berkesan pelakon seperti Chee Kin, Mah Fong, Yip Lai Lee, Loo Aye Keng, Kam Kar Kei, Alfred Suet dan Angela Chan.

Kepada peminat drama kantonis usah ketinggalan menyaksikan Legacy Of Time yang disiarkan mulai pada 12 Julai 2010, setiap Isnin hingga Rabu, jam 11.00 pagi mengisi slot Jade On 2 di TV2.