Drama V (ntv7)



Sinopsis Drama V (Budiey.com)

Musim pertama siri 13 episod ini akan ditayangkan di kaca televisyen penonton Malaysia melalui ntv7 bermula 24 Julai, setiap Sabtu, jam 8.30 malam.

Episod pertama bermula dengan kemunculan serentak kapal angkasa di 29 buah bandar besar di dunia. Anna (Morena Baccarin), pemimpin makhluk asing yang cantik dan berkarisma menyakinkan penduduk bumi mereka datang secara damai.

Sebilangan penduduk bumi mencurigai keikhlasan makhluk yang kononnya menginginkan keamanan. Agen FBI anti keganasan; Erica Evans (Elizabeth Mitchell) mendapati bahawa makhluk asing itu sebenarnya telah berada di bumi sejak beberapa dekad dan berjaya memasuki institusi kerajaan, perniagaan, dan keagamaan di seluruh dunia dan kini berada di tahap akhir misi mereka untuk menaluki dunia.

Erica menyertai gerakan bawah tanah yang turut dianggotai oleh Ryan (Morris Chestnut), seorang agen makhluk asing yang berpaling tadah dan kini menyebelahi penduduk bumi untuk membela nasib manusia sejagat.

Walaubagaimanapun, makhluk asing ini berjaya memenangi hati penduduk bumi dengan menyembuhkan pelbagai jenis penyakit dan menyatukan warga belia, termasuklah anak Erica; Tyler (Logan Huffman) yang tanpa disedarinya berkhidmat sebagai pengintip mereka