Filem The Fantastic Water Babe


Sinopsis Filem The Fantastic Water Babe (harian metro)

Mengisahkan Gil (Gillian Chung), gadis pulau yang dikecewakan teman lelakinya dan pada masa sama dimalukan wanita yang merampas teman lelakinya. Berikutan kejadian itu, Gil, anak yatim piatu sejak kecil nekad mahu membunuh diri namun dihalang teman baiknya Jade, Blossom, Mini-Blossom dan penduduk kampung yang menyayanginya.


Untuk menebus malu dan membuktikan keupayaannya kepada bekas teman lelakinya, dia dicabar menyertai pertandingan renang anjuran juara renang Chi (Alex Fong). Pelbagai adegan lucu dan menarik perhatian berlaku ketika usaha membentuk Gil menjadi perenang, termasuk wanita itu tergamak menculik Chi dan mengurung jejaka itu di rumah teman lelakinya.


KADANGKALA kita perlu berenang melawan arus untuk mencari cinta sejati. Metafora inilah yang diangkat dalam filem romantik komedi lakonan Gillian Chung sebagai gadis pulau yang menemui cinta sejati di kolam renang.

Filem yang menjalani penggambaran sepenuhnya di Pulau Cheung Chau terletak 10 kilometer di barat daya Hong Kong ini siap untuk ditayangkan dua tahun lalu, namun berikutan skandal seks aktor Edison Chen yang membabitkan pelakon utama filem ini, Gillian Chung, tayangannya ditangguh.


Latar belakang yang menarik dengan tarikan lokasi tempatan yang indah memberi satu perasaan yang sukar ditafsir dengan kata-kata, terutama mereka yang gemar bersantai di tepian pantai dengan air yang jernih. Mungkin sebagai satu cara promosi untuk penonton luar Hong Kong berkunjung ke situ, ia memberi satu persepsi baru gaya pengarahan filem Hong Kong
.