Filem Mantra (18SX)

filem 18sx mantra lucah

SALAM... aku dah buka ump sharing site tapi untuk kali ni sharing site aku hanya boleh di download oleh student UMP Pekan je. buat masa sekarang internet UMP Pekan lembab bak kura kura patah kaki. so, maybe ada masalah la bagi student UMP untuk masuk ke dalam blog aku ni.. tetapi kadar kelajuan untuk mendownload dalam sharing tersangat laju. korang kena la bersabar sikit. hari ni aku nak share 1 movie tempatan yang akan keluar esok di pawagam malaysia. filem mantra ni dikhabarkan mengandungi unsur prono atau lucah. so, aku hanya share sinopsis sahaja tapa tak mengalakkan korang untuk tengok filem ni ok.


filem 18sx mantra lucahfilem 18sx mantra lucah
SINOPSIS FILEM MANTRA ( Sinemamalaysia.com)

Filem seram ini mengangkat kisah penggunaan ilmu hitam kerana dendam dan kepentingan diri sendiri. Kisah bermula dengan pembukaan cerita di kawasan perkuburan di mana Muzir dianiaya oleh Hasbi demi melengkapkan ilmu hitam serta mendapatkan isteri Muzir. Akibatnya Muzir dipenjarakan seumur hidup.

Di dalam penjara, Muzir berjaya mendapatkan ilmu hitam daripada Embah yang bakal menemui ajalnya. Namun, ilmu Muzir tidak sempurna kerana bilik penjaranya dikunci dengan ayat-ayat serta kalimah Allah. Lalu muncullah Pak Long, seorang warden penjara dan juga Pakcik kepada Muzir yang isterinya ditimpa musibah. Akibat cintakan isteri dan terdesak, Hafif telah bersetuju dengan syarat-syarat Muzir iaitu memadam ayat dan kalimah Allah di sekitar bilik penjara Muzir, menghidangkan tiga jenis hidangan untuk penjaga ilmu hitam dan mengambil tali pengikat pocong wanita yang mati kerana anak sulung menggunakan gigi.
filem 18sx mantra lucahfilem 18sx mantra lucah
Setelah ayat dan kalimah Allah berjaya dipadam oleh Pak Long, maka berlakulah perubahan ilmu Muzir dengan air yang melimpah di dalam bilik penjara serta bayangan makhluk hitam yang memenuhi dinding penjara. Serentak dengan itu, Muzir muncul di dalam sebuah paya lalu melakukan pembunuhan sebagai makanan kepada ilmu hitam miliknya. Maka bermulalah pembalasan dendam kesumat Muzir terhadap Hasbi.
Bagaimanakah kesudahannya, nantikan MANTRA di pawagam..
filem 18sx mantra lucahfilem 18sx mantra lucah

SINOPSIS FILEM MANTRA ( UTUSAN MALAYSIA )

KISAH benar melibatkan pengamal ilmu hitam dan ajaran sesat di Bandung, Indonesia diterjemahkan secara mendalam dalam Mantra. Ejaan bagi judul filem tersebut juga sengaja dikekalkan kerana perahan idea dan jalan cerita berasal dari tanah seberang itu. Shahriman Wahap adalah orang yang bertanggungjawab mengkaji kejadian seram itu sebelum diterjemahkan oleh pengarahnya, Azhari Zain. Dia yang juga bertindak sebagai pengarah Santau tidak melakukan sebarang perubahan termasuk jampi serapah dalam bahasa Jawa untuk memuja syaitan.
filem 18sx mantra lucahfilem 18sx mantra lucah
Cuma lokasi penggambaran sahaja diubah dengan memilih sebuah perkampungan lama yang berusia ratusan tahun di Lenggong, Perak dan Penjara Pudu, Kuala Lumpur sebelum dirobohkan.Secara dasarnya, Mantra berkait rapat dengan budaya masyarakat setempat yang mempunyai penyakit hasad dengki sehingga mengambil jalan mudah bersekutu dengan syaitan untuk membalas dendam. Kisah dua sahabat baik iaitu Muzir (lakonan Zul Handy Black) dianiaya oleh Hasbi (Hasnul Rahmat) demi melengkapkan ilmu hitam dan merampas isteri Muzir, Rindiani (Ana Dahlia). Akibatnya, Muzir dipenjara seumur hidup dan bertemu dengan Embah (Rozaidi Abdul Rahman).
filem 18sx mantra lucahfilem 18sx mantra lucah
Embah menumpahkan seluruh ilmu hitamnya kepada Muzir tetapi tidak sempurna kerana biliknya dikunci dengan kalimah Allah. Kehadiran warden penjara, Pak Long (Hamdan Ramli) memberi sinar kepada penantian Muzir selama 10 tahun apabila dia meminta pertolongan. Pak Long tidak punya pilihan, lantas bersetuju memenuhi syarat Muzir. Siri pembalasan dendam kesumat Muzir kepada Hasbi bermula satu demi satu setelah ilmu hitam berjaya diserap sepenuhnya. Jalan cerita Mantra diadun sebegitu cepat bagi menunjukkan bahawa perkongsian ilmu syaitan itu mudah sekiranya manusia kerap mengulang mantera khusus. Terdapat pelbagai versi jampi serapah yang digunakan termasuk bahasa Mandarin, Siam dan India.

filem 18sx mantra lucah

Zul Perjelas Aksi Bogel Dalam Mantra (Harian Metro)

SELEPAS Allahyarham pelakon Izi Yahya berbogel sebagai tentera Jepun dalam filem Embun dan Arja Lee menerusi filem ...Dalam Botol, terbaru, pelakon dan penyanyi Zul Handy Black pula mencetuskan kontroversi sama dalam filem seram Mantra terbitan Metrowealth Movies. Dalam filem arahan Azhari Zain itu, Zul sanggup berbogel dengan menampakkan seluruh belakang tubuhnya termasuk punggung dengan jelas bagi menjayakan babak Muzir (pelakon utama Mantra) mengamalkan ilmu hitam.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Zul atau nama sebenarnya Nurzul Suphia'an, 35, berkata, dia sanggup berbogel dalam filem itu kerana mengikut kehendak skrip Mantra semata-mata. "Babak Muzir berbogel itu sekadar memenuhi tuntutan perjalanan 'ritual' yakni lelaki yang mengamalkan ilmu hitam. Selepas mengamalkan ilmu hitam, Muzir terlepas dari penjara apabila ayat suci Al- Quran 'terpadam' dari dinding bilik penjaranya. Babak Muzir berbogel itu memang berlaku dalam kalangan pengamal ilmu hitam di luar sana.
filem 18sx mantra lucah
"Pada mulanya, saya pakai seluar sendat tapi apabila babak menakutkan itu hendak dimulakan saya terus tanggalkan seluar itu. Ketika itu hanya saya dan jurukamera saja berada di situ. Selepas babak itu selesai, seorang kru produksi datang dan memberikan tuala untuk menutup badan saya," katanya. Secara peribadi, Zul akui, dia rasa gementar dan teruja dengan babak itu kerana ia tidak pernah dilakukannya selama ini. "Inilah asam garam menjadi pelakon dan saya anggap ia cabaran terbesar dalam kerjaya lakonan saya. Untuk menampakkan sesuatu realistik, saya sanggup berbogel," katanya kepada Rap, semalam.

"Saya difahamkan, penulis skrip Mantra adalah cucu kepada penulis siri kisah seram Bercakap Dengan Jin yang terkenal, Tamar Jalis. "Bagi saya Mantra sangat unik dan mesti ditonton sebagai sebuah kisah yang penuh dengan pengajaran. Ilmu hitam harus kita jauhkan," jelasnya.

Katanya, pengarah Azhari Zain, turut berbincang dengannya mengenai babak sensasi itu ketika di peringkat awal pembikinan. "Saya tanya terus terang kenapa perlu berbogel. Adakah ia sekadar gimik atau kontroversi untuk melariskan filem ini? "Azhari cakap babak berbogel itu ada kaitan dengan perkara sebenar yang diamalkan golongan terbabit. Lalu saya pun bersetuju melakukannya. Saya lega babak itu tidak dipotong Lembaga Penafisan Filem (LPF) kerana ia relevan dengan cerita," katanya.
filem 18sx mantra lucah
Ditanya bagaimana penerimaan keluarganya pula, Zul berkata, dia mendapat sokongan keluarganya. "Saya beritahu keluarga mengenai babak bogel dalam Mantra dan mereka juga kata OK sebab tahu semuanya kerana lakonan," katanya. Sementara itu, Azhari berkata, babak Muzir berbogel bukan untuk mencetuskan kontroversi sebaliknya kerana tuntutan skrip.

"Saya sedar perkara ini akan menimbulkan percakapan, tetapi babak itu dibuat bagi menggambarkan keadaan sebenar pengamal ilmu hitam. Sebagai pengarah, saya sedia menerima kritikan daripada peminat "Terus terang, pada mulanya saya sangat risau untuk mengarahkan filem cerita mengenai kejahatan iblis dan syaitan ini. Malah, selepas penggambaran Mantra pun, saya masih 'diganggu' benda pelik. "Saya juga ingin tegaskan di sini, filem ini hanyalah untuk penonton dewasa berusia 18 tahun ke atas dan jika kanak-kanak ingin menontonnya, mereka perlu diawasi ibu bapa atau penjaga mereka," katanya.


VIDEO TRAILER FILEM MANTRA (18SX)




Download Filem Mantra (18SX)
Mediafire:
http://www.mediafire.com/?qry6731c9watbf1
http://www.mediafire.com/?d184te4y3gjunkd


Megaupload
http://www.megaupload.com/?d=0BT6CX3E
http://www.megaupload.com/?d=XNC53SOC
http://www.megaupload.com/?d=3EFS9MRC
http://www.megaupload.com/?d=XQRJ1CWG


FileServe
http://www.fileserve.com/file/zuahRMs
http://www.fileserve.com/file/PcD9rrU
http://www.fileserve.com/file/jYc2ub5
http://www.fileserve.com/file/A4cd5ck