AXN Beyond HD (Saluran Astro 720)



Para pelanggan Astro kini boleh menikmati pelbagai pilihan dengan pelancaran dua buah saluran baru; AXN Beyond HD dan National Geographic Wild (Nat Geo WILD) serta dua saluran baru Malaysia Timur; Radio Bayu dan Radio Kenyalang.

MENYAJIKAN sekurang-kurangnya dua rancangan baru dan eksklusif setiap bulan, itulah yang dijanjikan oleh saluran Astro AXN Beyond HD (Astro 720) apabila memulakan siaran pada 30 Ogos, jam 12 tengah malam.

Kemunculan saluran AXN Beyond juga diharapkan akan dapat menarik lebih ramai penonton dari pelbagai lapisan masyarakat, terutama penonton muda berumur umur 18 hingga 35 tahun yang lebih jinak terhadap teknologi tinggi.

Astro juga sentiasa memberi penambah baikkan isi kandungan antarabangsa mahupun tempatan dalam definisi piawai definisi biasa (SD) mahupun definisi tinggi (HD). Pengalaman yang berbeza menyaksikan kesemua program dalam HD adalah kepuasannya. Sudah tentu menarik apabila dapat menyaksikan drama eksklusif seperti Lost (musim terakhir), Melrose Place, Supernatural, The Prisoner, Flipping Out 3, Shear Genius 3, dan Top Chef.

Drama bersiri Lost akan disiarkan secara eksklusif untuk musim terakhir setiap Isnin, jam 9 malam. Rancangan utama untuk AXN Beyond HD antara drama hit antarabangsa.

Drama misteri pengembaraan ini adalah penentu nasib mangsa Oceanic Flight 815 yang terbabas di pulau yang penuh permasalahan itu.

Peminat genre aksi paranormal pula akan disajikan musim kelima dan terbaru siri drama Supernatural yang dibintangi oleh Jared Padalecki dan Jensen Ackles yang memburu pelesit untuk menghentikan Syaitan dari membawa dunia ini ke zaman kiamat. Supernatural akan disiarkan setiap Selasa, jam 9 malam.

Bagi yang meminati cita rasa hiburan keluaran Britain, peminat pelakon terkenal British, Sir Ian McKellen yang pernah membintangi Lord of the Rings dapat menikmati lakonan hebatnya sebagai Two dalam program baru yang berdasarkan filem 1960 yang berjudul The Prisoner. Drama bersiri ini akan disiarkan setiap Rabu, jam 9 malam.

Di spektrum genre lain, AXN Beyond HD menyiarkan drama romantik The Ex List, dramedi Drop Dead Diva, siri fesyen realiti, The Rachel Zoe Project, pertandingan realiti, Top Design dan cerita penuh skandal Melrose Place yang berdasarkan siri hit lama dengan tajuk sama.

Pada hari ini, Astro mempunyai 9 saluran HD, termasuk National Geographic HD, History HD, HBO HD, ESPN HD, Astro Super Sports HD, Astro Zhi Zun HD, FX HD, AXN HD dan AXN Beyond HD.




PROGRAM TV AXN Beyond HD (Saluran Astro 720)
TV Serials
* 4400, The
* Andromeda
* Buffy the Vampire Slayer
* Charmed
* Dark Angel
* Dresden Files, The
* Fear Itself
* Hex
* Impact
* Invasion
* Journeyman
* Life on Mars (US)
* Lost
* Masters of Science Fiction
* Middleman, The
* Moonlight
* Mysterious Ways
* Night Stalker
* Northern Mysteries
* Painkiller Jane
* Pushing Daisies
* Roswell
* Sleepwalkers
* Supernatural
* X-Files, The

Program Reality
* America's Psychic Challenge
* Criss Angel Mindfreak
* David Blaine: Street Magic
* David Blaine: Magic Man
* David Blaine: Vertigo
* David Blaine: Frozen In Time
* David Blaine: Drowned Alive
* Keith Barry: Extraordinary
* Keith Barry: The Escape
* Magic Asia India
* Mondo Magic Singapore
* Ripley's Believe It or Not
* Scare Tactics

Movies
* Arachnophobia
* CJ7
* Dead Birds (2004 film)
* Devour
* Forsaken, The
* Ghost Adventures
* Ghosts of Mars
* I Still Know What You Did Last Summer
* I'll Always Know What You Did Last Summer
* Nightwatch
* Puppet Masters, The
* Rose Red (film)
* Slayer
* Sixth Sense, The
* Starship Troopers 2: Hero of the Federation
* Spider-Man 2
* Urban Legend (film)
* Urban Legends: Bloody Mary
* Urban Legends: Final Cut

Animation
* Afterworld
* Final Fantasy: The Spirits Within


SUMBER :
1) http://en.wikipedia.org/wiki/AXN_Beyond
2) http://www.axnbeyond-asia.com/
3) http://www.bharian.com.my/