THE BANQUET (8TV)





SINOPSIS FILEM THE BANQUET (Budiy.com)

Tarikh Siaran:
7 Ogos 2010
Masa: 8.30 pm
Pelakon: Zhang Zi Yi, Tim Yip, Tan Dun, Zhang Li, Daniel Wu, Zhou Xun

Filem yang diadaptasikan daripada tulisan Shakespeare, iaitu Hamlet, The Banquet terletak di dalam suasana kekecohan sebuah empayar. Pelakon sensasi Asia, Zhang Ziyi membawakan watak seorang Maharani muda, Wan yang terperangkap dalam cinta terlarang bersama anak tirinya, Putera Wu Luan (Daniel Wu).


Selepas kemangkatan Maharaja, abangnya Li (Ge You) mengambil alih takhta. Maharani Wan telah mengahwini Maharaja baru itu demi melindungi kekasihnya, Putera Wu Luan dan mengekalkan kedudukannya di dalam istana.


Maharaja Li telah menghantar pembunuh upahan untuk membunuh Maharani kerana rasa terancam olehnya, namun rancangan tersebut gagal. Yakin bahawa bekas Maharaja telah dibunuh oleh Li, Putera Wu Luan kembali ke istana bagi menuntut bela. Di situ, beliau berjumpa dengan seorang gadis, Qing (Zhou Xun), yang menaruh hati terhadapnya.


Maharaja Li kemudian menganjurkan sebuah jamuan diraja, tetapi setiap yang hadir mempunyai agenda tersembunyi. Sebuah kisah yang pasti membuatkan anda tersentuh, dan persembahan yang begitu memuaskan daripada kesemua bintang pelakonnya.