Calling For Love (TV8)



Sinopsis Calling For Love (Budiey.com)

Slot : Hito Idol
Hari : Sabtu
Masa Siaran: 6.30pm – 8.00pm
Jumlah Episod: 15

Drama ini mengisahkan tentang Bo Ye, seorang bintang popular yang memasuki industri hiburan untuk menyara kehidupan keluarganya. Bo Ye mempunyai senyuman yang menawan, sepasang mata yang cantik dan personaliti yang hebat hingga membuatkan setiap gadis cair dan jatuh hati dengannya.

Beliau juga adalah pelakon yang menjadi jaminan tayangan box office dan sedah semestinya memiliki pendapatan yang cukup hebat serta gembira merancang masa depannya apabila kontraknya berakhir kelak. Namun, langit tidak selalu cerah, tiba-tiba kegawatan ekonomi melanda telah memberi kesan kepada ejen, kakak dan rakan baiknya.

Disebabkan oleh rasa ingin membantu orang-orang penting dikeliling beliau serta dihantui fikiran mengenai pembaharuan kontraknya, Bo Ye telah membeli satu tiket loteri dengan harapan dapat memenanginya sekaligus menamatkan dilema yang dihadapi. Beliau sememangnya beruntung apabila telah mengenai jackpot! Namun nasibnya tidak baik apabila beliau telah kehilangan tiket loteri tersebut di dalam sebuah teksi.

Oleh itu, beliau berusaha untuk mengejar dan mencari teksi terbabit di seluruh bandar bagi mendapatkan tiketnya semula. Namun, pemandu teksi tersebut bukanlah pemandu lelaki seperti biasa, tetapi merupakan seorang wanita cantik berusia 23 tahun, bernama De Xing, yang baru datang dari Hong Kong ke Taiwan demi mencari bapanya yang telah lama menghilang.

Apakah tujuan sebenar Bo Ye mencari teksi tersebut? Adakah tiket itu sahaja yang dikejar oleh Bo Ye? Kerana sekeping tiket loteri yang bernilai jutaan ringgit atau kerana wanita cantik bernama De Xin itu?