DARAH TETAP MERAH (TV2)


SINOPSIS DARAH TETAP MERAH (Budiey.com)
Tarikh : 26 Ogos 2010
Hari: Khamis
Masa: 10.30 malam
Pelakon: Jacky Kam, Vinx Lin, Felina Cheah

Plot drama Darah Tetap Merah bermula dengan memperkenalkan watak Liza, seorang wanita Melayu yang berkahwin dengan pemuda bernama Mikhael Yeoh berbangsa Cina dan telah memeluk Islam.

Kehidupan mereka begitu bahagia melayari bahtera rumahtangga dan memiliki dua orang anak lelaki. Anak mereka yang sulong bernama Rafael merupakan seorang pegawai polis manakala yang kedua, Has pula masih menuntut.

Rafael memiliki seorang teman wanita, Suzie yang bekerja sebagai sukarelawati di sebuah pusat rawatan pesakit buah pinggang.

Sementara itu Has juga mempunyai minat yang mendalam terhadap sukan futsal dan merupakan salah seorang pemain terbaik dalam pasukannya.

Rohana adik kepada Liza menghidap penyakit buah pinggang. Suzie bersimpati dengan Rohana dan mengambil keputusan untuk mendermakan buah pinggangnya terhadap Rohana. Oleh kerana peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan, Suzie tidak dapat membantu Rohana kerana mereka berdua tidak mempunyai pertalian darah.

Disebabkan peraturan inilah mula membuka mata Liza sebagai kakak kepada Rohana untuk mendermakan buah pinggangnya kepada Rohana. Apatahlagi bila dia melihat kesungguhan Suzie untuk membantu Rohana sedangkan antara mereka tidak sama sekali memiliki pertalian darah.

Lalu adakah Rohana mampu diselamatkan? Bagaimana pula dengan Suzie yang berkeras mahu membantu? Begitu juga dengan Liza yang di penghujungnya mahu menghulurkan bantuan buat adiknya itu?

Bagi mengetahui kesudahan babak-babak kekeluargaan ini, pastikan anda meluangkan masa menyaksikan telemovie arahan Chew Huat Yeow ini dibintangi oleh Jacky Kam, Vinx Lin, Felina Cheah, Alice Yap, Azuan, Mazalan, Kenji Sawahi, Nor Albaniah dan Farisha Irwayu ini.