Drama 10 Things I Hate About You



SINOPSIS DRAMA 10 THINGS I HATE ABOUT YOU (Budiey.com)

TARIKH SIARAN: setiap Khamis
MASA SIARAN: 9.30 PM
TEMPOH: 30 MIN
EPISOD: 10
PELAKON: Larry Miller, Lindsey Shaw, Meaghan Jette Martin, Dana Davis & Ethan
Peck.


10 THINGS I HATE ABOUT YOU ditayangkan secara eksklusif setiap Khamis, jam 9.30malam bermula 1 Julai 2010 di saluran hip 8TV!

Dua anak gadis Dr. Walter Stratford (Larry Miller) iaitu Kat (Lindsey Shaw) dan Bianca (Meaghan Jette Martin) yang baru berpindah dari Ohio ke California cuba untuk menyesuaikan diri di sekolah baru mereka, Padua High. Keduanya mempunyai personaliti dan matlamat hidup yang sangat berbeza.

Sebaik sahaja memulakan persekolahan di Padua High, nama dua anak gadis Dr. Stratford meningkat popular.

Kat adalah seorang yang bijak, keras kepala, berterus-terang dan sentiasa ingin menyelamatkan keadaan serta mahu keluar dari sekolah tersebut secepat mungkin. Namun sikap degil Kat mula luntur apabila dia berkenalan dengan rakan Patrick Verona (Ethan Peck) yang terkenal dengan sifat nakal.

Sebaliknya, Bianca si gadis yang gemar bersosial hanya mahukan populariti. Bianca perlu berhadapan dan menyesuaikan diri dengan kumpulan pelajar popular manakala ayah mereka pula bersikap terlalu mengongkong. Bianca sanggup mencuba dan menggunakan apa sahaja untuk menjadi ahli pasukan sorak sekolah dan ingin menjadi popular.

Bianca juga sanggup menggoda teman lelaki kepada gadis paling popular di sekolah lakonan Dana Davis sehinggakan keadaan menjadi lebih tegang.

Dapatkah Kat dan Bianca mencapai keinginan masing-masing? Bagaimana pula reaksi bapa mereka terhadap tindak-tanduk dan tingkah-laku anak remaja kesayangan beliau? Dapatkah bapanya menghalang dan memastikan anak-anak gadisnya tidak terjebak dengan kenakalan dan sifat ingin tahu kalangan remaja?

Saksikannya drama komedi bersiri hebat 10 THINGS I HATE ABOUT YOU drama remaja bersiri yang penuh keceriaan dan lebih menghiburkan yang bersiaran setiap hari Khamis jam 9.30 malam hanya di 8TV!