Drama Dottie (Astro Ria)




Sinopsis Drama Dottie (utusan malaysia)

Rantaian 13 episod itu menyingkap kisah Dottie, seorang gadis bertubuh besar yang memasang angan-angan untuk menjadi pengacara televisyen sejak kecil.

Namun, hasrat tersebut terpaksa dipendamkan kerana dirinya berbadan besar dan disebabkan bentuk fizikalnya juga dia terpaksa memendam rasa, menerima pelbagai cemuhan dan ejekan daripada orang sekeliling.

Sungguhpun begitu, Dottie bukanlah gadis yang mudah berputus asa. Yakin dengan kemampuan dan bakat yang ada pada diri, impian Dottie akhirnya menjadi kenyataan.

Kemunculannya buat pertama kali di kaca televisyen membuka mata masyarakat apabila bakat yang ditonjol olehnya lebih bernilai berbanding rupa paras.

"Daripada situ dapat dilihat mesej yang ingin kita sampaikan setiap manusia biarpun berbeza rupa dan fizikal namun, bakat tetap menjadi sesuatu yang penting dalam kehidupan.

"Sejak ditayangkan, maklum balas yang dilihat daripada komen-komen penonton di beberapa laman sesawang yang saya baca hampir kesemuanya menyukai watak Dottie.

Dottie yang merebut peluang bersiaran pada setiap hari Isnin pukul 10 malam bermula 5 Julai lalu di Astro Ria (saluran 104, Astro).


Dottie mengisahkan tentang Dottie anak tunggal kepada Makcik Petir seorang penjahit baju. Ibu Dottie tidak menyukainya kerana terbabit dalam bidang penyiaran tetapi lama kelamaan dia akur dengan kemahuan anaknya itu.

Dalam diam, rakan baik Dottie iaitu Wati menaruh hati terhadap Ajis yang hendak dijodohkan dengan Dottie oleh ibu wanita berbadan gempal itu.

Pelbagai halangan dilalui oleh Dottie dalam melalui kehidupan sehariannya termasuklah berdepan dengan pandangan masyarakat di sekelilingnya kerana badannya yang gempal.