Drama Epilog Syurga Cinta (1-28 end)

Drama Epilog Syurga Cinta astro ria


assalamualaikum... sekarang memang musim orang tengok drama melayu ek??? aku dapat banyak request suruh letak drama kau Laksana Bulan dan drama Epilog Syurga Cinta. untuk pengatahuan korang.. UMP baru aja block rapidshare, megaupload dan hotfile. pastu disebabkan terlampau ramai yang guna hotspot proxy nak mendownload pon jadi sangat lambat.. tapi drama Epilog Syurga Cinta dah ada dalam sharing site aku.. hari ni aku nak share sinopsis filem syurga cinta yang sinopsisnya sama dengan drama Epilog Syurga Cinta.. nanti ada sinopsis sebenar drama Epilog Syurga Cinta aku share kat korang
Drama Epilog Syurga Cinta astro ria

Tajuk Drama : Epilog Syurga Cinta
Drama:
28 episod
Slot : Akasia (TV3) ini akan disiarkan
Mula Tayangan : 2 Ogos 2010
Waktu Tayangan : 6.30 petang
Hari : Isnin hingga Khamis
Pelakon : Zizan Nin, Fida, Intan Ladyana, Mia Sara

Epilog Syurga Cinta mengisahkan Irham, berusia lewat 20-an anak kepada pasangan Tan Sri Zakaria dan Pn Sri Mahani telah membesar di luar negara sejak berumur 12 tahun lagi. Dia telah bersekolah dan bekerja di sana untuk beberapa tahun dan pulang ke Malaysia kerana perlu mengambil alih syarikat milik keluarganya.

Kerana terlalu lama di luar negara, cara dan gaya hidupnya tidak ubah seperti orang barat. Sekembalinya ke Malaysia, Irham telah bertemu dengan rakan-rakan lamanya ketika belajar di luar negara iaitu Zainal dan Alex yang sangat mengenali hati budi Irham. Irham sememangnya seorang lelaki yang handal memikat gadis yang diinginkannya. Alex dan Zainal sering kalah jika bertaruh.
Drama Epilog Syurga Cinta astro ria
Bagi memastikan Irham kalah, mereka mencabar Irham memikat gadis bertudung kerana mereka tahu Irham tidak menyukai gadis sebegini. Gadis tersebut adalah Syuhadah, seorang gadis moden namun masih mempertahankan nilai-nilai sebagai seorang muslimah sejati. Dia merupakan anak yatim dan dijaga oleh datuknya sejak dari kecil.

Walaupun hidup mewah namun dia tetap dididik dengan didikan agama yang cukup. Irham melakukan pelbagai cara untuk memikat Syuhadah yang secara kebetulan merupakan guru agama di sekolah adik angkatnya iaitu Ikmal. Hubungan Irham dan Ikmal yang tidak begitu baik sebelum ini menjadi lebih baik apabila Irham memerlukan bantuan Ikmal dalam menjayakan ’misi’nya.
Drama Epilog Syurga Cinta astro ria
Melihat ’ketulusan’ Irham yang berpura-pura mendalami ajaran Islam, hati Syuhadah terbuka untuk menerima Irham sebagai kawan dan dalam tempoh berkawan dalam diam-diam wujudnya perasaan kasih dan sayang. Irham pula sedikit sebanyak dibimbing oleh Syuhadah sehinggakan dalam tempoh sebulan tanpa dia sedari dia telah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim dan dia merasa selesa dan tanpa disedari telah menunaikan tanggungjawab sebagai orang Islam seperti mendirikan solat.
Drama Epilog Syurga Cinta astro ria
Namun tempoh sebulan telah pun tamat dan Irham perlu berjumpa dengan Zainal dan Alex bagi menunaikan janjinya dengan membawa Syuhadah. Di depan Zainal dan Alex Irham telah berterus-terang kepada Syuhadah bahawa dia cuma ”suka-suka” dan bukannya benar-benar jatuh cinta kepada Syuhadah. Syuhadah yang mendengar pengakuan itu benar-benar kecewa.

Sudahlah dia susah untuk menerima cinta dari seorang lelaki kini lain pula jadinya. Syuhadah telah membawa diri pulang ke kampung. Irham menang pertaruhan tetapi dia gagal menafikan perasaannya yang sebenar terhadap Syuhadah.
Drama Epilog Syurga Cinta astro ria

Trailer Drama Epilog Syurga Cinta



Ost Lagu Tema Drama Epilog Syurga Cinta


Ku Memohon Padamu – Rafidah Ibrahim

Tersepit di antara dua cinta
Kau memberikan ku satu harapan
Kini kau menghancurkan segalanya
Dia antara kita

Ku merelakan semua yang berlaku
Kau mencintai dan menyakitiku
Kini ku redha dengan segalanya
Tuhan yang menentu

Ya Tuhanku
Teguhkan rasa cinta padamu
Ya Tuhanku
Pinjamkan aku kekuatan darimu
Ku Memohon Padamu



Sinopsis Drama Epilog Syurga Cinta (budiey.com)


Epilog Syurga Cinta terbitan MIG Productions memaparkan kehidupan Irham yang moden dan jauh tersasar dari landasan agama yang sewajarnya menjadi pegangan, begitu ironi dengan Siti Syuhada yang begitu ikhlas mentaati ajaran agamanya yang suci.

Satu-satunya yang menghubungkan dua insan dari dua dunia yang bertentangan ini adalah si comel Mia, anak angkat kepada ayah dan ibu Irham yang juga merupakan pelajar di tadika milik Siti Syuhada.

Drama Epilog Syurga Cinta astro ria


Setelah berkenalan dengan Syuhada, Irham telah mengenali semula agama Islam. Namun, sikap liar Irham pada masa lampau telah membawa padah kepada dirinya. Percintaan yang dimulakan atas perjudian Irham dengan kawan-kawannya telah mengecewakan Syuhada kerana dia sangka Irham telah berubah. Adakah Irham akan mengenali erti hidup dan cinta yang sebenar?


Download Drama Epilog Syurga Cinta
Mediafire: share centra

Epilog Syurga Cinta Episode 01
Epilog Syurga Cinta Episode 02
Epilog Syurga Cinta Episode 03
Epilog Syurga Cinta Episode 04
Epilog Syurga Cinta Episode 05
Epilog Syurga Cinta Episode 06
Epilog Syurga Cinta Episode 07
Epilog Syurga Cinta Episode 08
Epilog Syurga Cinta Episode 09
Epilog Syurga Cinta Episode 10
Epilog Syurga Cinta Episode 11
Epilog Syurga Cinta Episode 12
Epilog Syurga Cinta Episode 13
Epilog Syurga Cinta Episode 14
Epilog Syurga Cinta Episode 15
Epilog Syurga Cinta Episode 16
Epilog Syurga Cinta Episode 17
Epilog Syurga Cinta Episode 18
Epilog Syurga Cinta Episode 19
Epilog Syurga Cinta Episode 20
Epilog Syurga Cinta Episode 21
Epilog Syurga Cinta Episode 22
Epilog Syurga Cinta Episode 23
Epilog Syurga Cinta Episode 24
Epilog Syurga Cinta Episode 25
Epilog Syurga Cinta Episode 26
Epilog Syurga Cinta Episode 27
Epilog Syurga Cinta Episode 28 (tamat)


Drama Chinta mengantikan Drama Epilog Syurga Cinta (TV3)



DOWNLOAD MP3 = here

Drama Epilog Syurga Cinta astro ria