Drama Sara Akashah (TV2)



Sinopsis Drama Sara Akashah (Budiey.com)

Drama rantaian 14 episod ini bermula dengan babak Akashah yang sedang menyelesaikan masalah keluarga Yuhanis. Di kampung Akashah telah bertindak sebagai “pakar rujuk” sekiranya timbul pelbagai masalah. Akashah merupakan bekas Pengarah Urusan Syarikat Mira Force dan memiliki tiga orang anak perempuan.

Sara Amylia mengambil alih urusan syarikat Mira Force daripada ayahnya. Namun sering didesak ibu saudaranya, Makcik Hani supaya memikirkan tentang jodoh kerana bimbang tentang umurnya yang semakin meningkat. Tetapi dalam masa yang sama Sara Amylia memberikan pelbagai alasan kepada Munir, teman tapi mesranya dengan menyatakan dia masih belum bersedia dalam menjalinkan perhubungan yang serius. Sara Amylia telah bertegang leher dengan rakan sepejabatnya, Nora apabila rakannya itu menceritakan tentang kekecewaan adiknya yang ditinggalkn kekasih setelah berkasihan selama 15 tahun. Manakala Sara Eliza pula tidak bersefahaman dengan Tania kerana rakannya itu terlalu bergantung harap terhadap lelaki.

Syarikt Mira Force telah menerima pekerja baru, Daniel Anantha. Dalam pertemuan dengan Sara Amylia Daniel memperkenalkan dirinya yang datang dari Indonesia dan bertugas di bahagian pengendalian sistem. Ketika itu juga Sara Amlyia telah dikejutkan dengan berita rompakan van keselamatan yang membawa wang sejumlah RM 4.5 juta. Disebabkan hal ini Sara Amlyia terpaksa memanggil Akashah untuk membantu menyelesaikan masalah tersebut.

Di syarikat, Izam dan Hanif telah mengesyaki Daniel sebagai dalang dalam rompakan tersebut memandangkan rompakan tersebut terjadi setelah Daniel bekerja di syarikat. Oleh itu, Daniel telah di tahan reman untuk membantu siasatan tetapi Sara Amylia tetap mempertahankannya. Akhirnya, rahsia telah terbongkar apabila Izam adalah dalang sebenar dalam rompakan tersebut. Daniel terharu dengan kesungguhan Sara Amylia mempertahankannya. Keluarga Amylia telah menjemput Daniel menghadiri kenduri tahlil dan doa selamat di kampung mereka.

Akashah terkejut apabila terdengar perbualan Daniel dan Sara Amylia tentang kampungnya di Indonesia namun dia tidak mengesyaki apa-apa. Manakala, Makcik Hani berterusan bimbang tentang jodoh anak-anak saudaranya lalu meluahkan perasaannya kepada ibunya, Naemah. Daniel mempelawa Sara Amylia untuk makan malam kerana ingin mengenalinya dengan lebih dekat. Malah dia telah bersetuju mengikut Sara Amlyia pulang ke kampung setelah menelefon ibunya, Maria Anantha.

Ketika di kampung, Akashah terkejut melihat Daniel namun pertemuan pertama itu telah menampakkan kemesraan Akashah dan Daniel. Kesempatan bersama Akashah membuka peluang Daniel menceritakan kisah silamnya dan keperitan ibunya setelah ditinggalkan suami. Namun Akashah tidak mengesyaki apa-apa malah memberitahu Daniel bahawa dia juga pernah ke Indonesia atas urusan kerja. Elyana cuba mendekati Daniel malah mencipta pelbagai alasan agar dapat bersamanya. Ketika itu, dalam diam Eliza telah menjemput Munir dengan harapan kehadiran Munir dapat memberinya peluang mendekati Daniel.

Penceritaan diteruskan apabila Daniel memberitahu Amlyia bahawa Munir merupakan kekasih Amylia. Hal ini diketahuinya melalui Elyana tetapi Amylia menafikannya. Elyana merancang percutian ke Indonesia dan memberitahu cadangan tersebut kepada ahli keluarganya. Akashah pada mulanya tidak bersetuju namun bersetuju setelah di pujuk Daniel.

Ketika di Indonesia, Akashah terkenangkan Maria malah terbayang setiap tingkah Maria. Hal ini menyebabkan Akashah tidak selesa dan sesak nafas. Anak-anaknya risau tentang kesihatannya namun Akashah meyakinkan anak-anakya bahawa keadaannya baik. Daniel membawa Eliza dan Amylia berjalan sekitar Indonesia malah dikesempatan itu dia menceritakan kehidupan perit ibunya.

Akashah bersendirian dan terkenang kenangannya bersama Maria. Dalam pada masa yang sama, Daniel sempat bertemu ibunya dan memberitahu tentang percutian majikannya ke Indonesia. Maria memberitahu Daniel bahawa dia sudah hampir putus asa untuk menanti suaminya yang tidak diketahui kini berada di mana. Tetapi Daniel berterusan cuba menguatkan semangat ibunya. Maria mengimbau kenangan ketika pemergian Akashah ke Malaysia tanpa pengetahuannya dan sejak dari itu dia terus menunggu kepulangan Akashah.

Pelbagai kejadian dan konflik berlaku dalam keluarga Akashah dan Daniel terus dengan pencariannya yang selama ini dicarinya. Lalu bagaimanakah kesudahannya? Adakah Maria dapat bertemu dengan Akashah? Bagaimana pula hubungan Sara Amylia dan Daniel? Saksikan kesudahan Sara Akashah hanya di TV2. setiap Khamis, jam 8.30 malam di TV2.