THE HAPPY GHOST II (8TV)




SINOPSIS FILEM THE HAPPY GHOST II (Budiey.com)
Tarikh Siaran: 14 Ogos 2010
Masa: 8.30 pm
Pelakon: Raymond Wong, Fennie Yuen, May Law, Charine Chan, Jeane M.Kanai

Hoi Sum-kwai (Raymond Wong) merupakan kelahiran semula Happy Ghost terdahulu, Chu Kam-chun. Dia kini merupakan seorang guru yang berdedikasi di sebuah sekolah tinggi perempuan. Tai Cheuk-yee (Fennie Yuen), May (May Law) dan Yiu King (Charlie Chan) adalah antara pelajarnya yang paling nakal.

Hoi sering menjadi mangsa tipu daya mereka. Dia memilih untuk menggunakan kuasa ajaib yang ada padanya untuk menghalang pelajar perempuan dari keluar bersama-sama pelajar lelaki. Rancangannya telah memakan dirinya sendiri apabila dia bertemu dengan pujaan hatinya, Ms. Lo (Jeane M. Kanai), dan memperbodohkan dirinya sendiri. Namun, apabila kerjayanya berada di ambang kejatuhan, dia nekad untuk membaiki reputasinya.

Hoi kemudian membantu pelajarnya untuk memenangi perlawanan bola tampar yang hampir menghadapi kekalahan, kerana kurangnya latihan dan keyakinan. Para pelajarnya berasa sangat terhutang budi terhadapnya, dan berkerjasama dengan pelajar lelaki untuk menolong Hoi mendapatkan perhatian Ms. Lo. Segalanya tidak semudah yang disangka. Adakah mereka akan berjaya? Anda perlu menyaksikan sendiri cerita komedi klasik ini!