Jejak Jaya 1 Destinasi (RTM1)



Sinopsis Dokumentari Jejak Jaya 1 Destinasi (Budiey.com)

Sempena sambutan hari merdeka ke – 53 Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak melepaskan peluang untuk menyajikan sebuah dokumentari khas bertajuk Jejak Jaya … 1 Destinasi yang bersiar pada 31 Ogos 2010 jam 5.30 petang di saluran TV1.

Dokumentari 30 minit terbitan Unit Majalah dan Dokumentari RTM diilhamkan oleh Haslinda Yahya Penerbit Jejak Jaya … 1 Destinasi sebuah rancangan yang menerapkan nilai-nilai murni dan penghayatan erti kemerdekaan kepada rakyat.

Rancangan berbentuk dokumentari memaparkan tiga individu yang berjaya dalam kehidupan di era kemerdekaan. Ketiga-tiga individu yang terpilih adalah terdiri daripada golongan yang pernah mengalami perit jerih kesusahan dalam kehidupan suatu ketika dahulu sehinggalah mereka berjaya dan kini menjadi individu yang boleh di contohi oleh masyarakat.

Berlatarkan lokasi disekitar Kuala Lumpur, Kg. Erong Slim River, Perak iaitu Kg. Orang Asli , Tuaran dan Ranau Sabah serta Kg. Asap, Bintulu Sarawak dokumentari Jejak Jaya…1 Destinasi memaparkan aktiviti kehidupan individu yang terpilih. Suka duka kehidupan mereka dari zaman kanak-kanak hingga kini seperti pendidikan, aktiviti kemasyarakatan dan kehidupan semasa di paparkan dalam setiap segmen.

Tiga diantara individu yang diketengahkan dalam program ini adalah Dr. Juli Edo yang berketurunan Orang Asli dari suku kaum Semai, memiliki Ijazah Doktor falsafah dalam bidang pendidikan. Beliau kini bertugas di Universiti Malaya. Beliau juga aktif dalam program kemasyarakatan dan penyelidikan menjurus kea rah peningkatan ekonomi yang melibatkan komuniti Orang Asli di Negara ini.

Menyingkap rahsia kejayaan seorang aktivis kemasyarakatan bernama Puan Alice Tee yang berketurunan China – Kadazan dari Sabah. Beliau aktif dalam kerja-kerja sosial dan kemasyarakatan di daerah Sabah terutamanya daerah Tuaran.

Mempunyai pengalaman dan latar belakang kehidupan di kampung suatu ketika dahulu seorang tokoh berketurunan Kayan Sarawak merupakan aktivis dalam bidang penyelidikan berkaitan pertanian dan perikanan. Kenali Dr. Elli Luhat yang tidak lokek berkongsi pengalaman dan ilmu tentang rahsia disebalik kejayaan beliau sehingga bergelar doktor.

Saksikan dokumentari khas sempena hari merdeka dan ikuti kisah dan pengalaman 3 individu yang berjaya iaitu Dr. Juli Edo, Puan Alice Tee dan Dr. Elli Luhat dalam Jejak Jaya….1 Destinasi yang bersiaran mulai 31 Ogos 2010 (Selasa) jam 5.30 petang di saluran TV1.