KESATRIA BUMI SEMANTAN (RTM1)



SINOPSIS KESATRIA BUMI SEMANTAN (Budiey.com)

Kisah penuh sejarah ini bemula apabila suatu ketika Mat Kilau anak kepada Tuk Gajah telah dituduh membunuh seorang berbangsa Cina di Pulau Tawar. Tuduhan tersebut sengaja dilakukan untuk menimbulkan kemarahan dan ketegangan di kalangan orang Melayu. Mat Kilau menjadi buruan British kerana tuduhan tersebut. Demi menuntut bela akan kejadian itu, Tok Gajah telah bersedia untuk mengatur serangan balas ke atas pihak penjajah.

Agam meminta pertolongan Tok Bahaman yang berada di Semantan. Walaupun pengaruh Tok Bahaman sangat besar di kalangan rakyat jelata, pahlawan itu tetap enggan bersetuju untuk menolong Agam berikutan kelemahan orang Melayu yang kekurangan dari aspek ketenteraan. Kenyataan itu amat mendukacitakan Agam.

Walaubagaimanapun, sesuatu telah terjadi apabila anak Tok Bahaman, Ahmad telah mati ditembak oleh British yang menyangka dia hendak memberontak ketika Ahmad sedang berburu bersama rakan-rakannya. Kejadian malang ini telah menimbulkan kemarahan Tok Bahaman lantas menyertai perjuangan Tok Gajah. Agam diminta pulang dan bersedia untuk mengadakan serangan bersama Semantan dan Pulau Tawar.

Bagaikan terpukul semangat juang Agam apabila menyaksikan Pulau Tawar yang sudah dibinasakan oleh British. Pahlawan-pahlawan serta penduduk Pulau Tawar mengambil langkah berundur dari kediaman mereka. Nasib malang sekali lagi meruntun jiwa Agam apabila kehilangan isterinya, Fatimah yang ditumpangkan di rumah Long Jaafar.

Fatimah selamat melahirkan cahaya mata di samping sahabat Agam, Andika yang sentiasa menemani serta membantu Fatimah. Perjuangan menentang Inggeris tetap diteruskan oleh Tok Bahaman sehingga pihak British terpaksa membuat rundingan dek kekuatan serangan Tok Bahaman dan Mat Kilau.

Kebijaksanaan pahlawan Melayu ini terserlah dengan penolakan rundingan British. Rentetan peristiwa diteruskan dengan kebenaran Agam yang masih hidup. Dia telah bersatu dengan pejuang-pejuang di Negeri Sembilan yang dipimpin oleh Yamtuan Antah dan Datuk Siamang Gagap.

Agam mengikuti jejak rakan-rakan pahlawan Melayu lainnya seperti Mat Kilau untuk meneruskan perjuangan menentang penjajah. Saksikan kesudahan telemovie Kesatria Bumi Semantan yang dilakonkan watak utamanya oleh Syed Aiman dan Ciko Harahap ini melalui slot Panggung 1 pada 28 Ogos 2010, Sabtu jam 3.00 petang di TV1 sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-53.