The Last Airbender




SINOPSIS The Last Airbender (hmetro.com)

The Last Airbender mengisahkan mitos sebuah dunia fantasi dihuni empat puak yang setiap satunya mengangkat unsur alam iaitu air, angin, api dan bumi. Setiap puak itu punya berlainan dimensi budaya hidup, malah mereka juga mempunyai pegangan objektif yang jauh tersasar antara satu sama lain.

Namun mereka dikejutkan dengan berita kononnya puak api ingin melancarkan serangan habis-habisan terhadap tiga puak lain. Mulalah puak lain gusar akan perancangan si api yang ingin menghancurkan empayar puak mereka.


Bagaimanapun, muncul pula kanak-kanak berusia 10 tahun, Aang (Noah Ringer) yang menyedari kuasa yang ada padanya untuk menyatukan puak lain dan melakukan serangan balas.


Aang insan terpilih yang digelar Avatar kerana dia bukan saja berkebolehan menyusun pelan untuk menghalang puak api, malah mampu memanipulasi semua puak untuk bergabung kuasa menggunakan unsur alam masing-masing.


Aang bergabung kuasa dengan Katara yang juga permaisuri puak air digelar Water Bender dan abangnya iaitu Sokka. Mereka bergabung bagi menuntut keadilan dan mengekalkan keseimbangan dalam dunia mereka.


Bintang muda yang digilap awalnya menerusi filem Slumdog Millionaires iaitu Dev Patel muncul sebagai Putera Zuko daripada puak api menggalas karakter antagonis, namun sarat dengan ekspresi wajah baik dan ikhlas.


Putera Zuko menyerang kota puak air tatkala Katara dan Sokka ingin menghantar Aang pulang kepada puaknya selepas dia ditemui tersadai di bawah lingkungan ais. Sejak itu mereka berdepan situasi bermusuhan.