Majalah 3 Edisi Khas Merdeka




Majalah 3 Edisi Khas Merdeka (Budiey.com)
Tarikh : 28 Ogos,
Hari: Sabtu
Masa: 9.00malam
Pengacara: Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia, jangan lepaskan peluang bersama pengacara Nurul Syuhada Nurul Ain di dalam edisi khas M3 yang memaparkan kisah dan cerita menarik tentang bagaimana tenaga elektrik boleh dikatakan salah satu penjana pembangunan dan ekonomi Malaysia.

Bertemakan “Pencapaian Malaysia Sumber Tenaga Alternatif”, paparan kali ini membawa anda melihat dengan lebih dekat tugas rumit dan cabaran serta risiko yang perlu dihadapi oleh kumpulan pekerja yang bertanggungjawab menguruskan terowong elctro-hydro di Cameron Highlands.

Lebih menarik lagi, M3 juga berkesempatan mengunjungi rumah panjang di Sarawak yang bukan hanya bergantung kepada tenaga elektrik tetapi telah mula menggunakan sumber alternatif, kuasa solar sebagai sumber tenaga di dalm rutin seharian mereka.