Memoir Aishah (TV3)



Sinopsis Memoir Aishah (Budiey.com)
Cerekapilihan: Memoir Aishah,
Tarikh : 27 Ogos,
Hari: Jumaat
Masa: 1.30petang
Pelakon: Sherie Merlis, Helmi Hussaini, Normah Damanhuri, Faizal Yusof, Sharifah Shahora, Nadia Aqilah, Nur Aqilah Malek.

Melalui foto-foto koleksi Aishah satu persatu memori terungkap. Sewaktu era pendudukan Inggeris di Tanah Melayu, Aishah bersama Datuk Hassan, Wan Mawar dan ayahnya, Rahim membesar dalam keadaan serba mewah dan sempurna. Datuknya adalah di antara orang Melayu yang kaya dan berstatus besar ketika itu manakala ayahnya pula merupakan seorang jurugambar dan penulis yang berbakat.

Namun, suasana harmoni dan kehidupan yang ceria bertukar menjadi porak-peranda akibat kealpaan datuknya yang begitu taksub dengan tindak tanduk Inggeris sehingga semua harta dan kemewahan keluarga tergadai dan bertukar tangan. Penangan daripada kecuaian sendiri menyebabkan Datuk Hassan bagaikan kehilangan punca dan semangat untuk hidup dan akhirnya meninggal dunia.

Nasib malang Aishah dan keluarganya terus diuji apabila ayahnya ditangkap ketika cuba menyelamatkan Tauke Tan daripada dibunuh tentera Jepun. Adakah kemelut derita Aishah akan terus berpanjangan atau mampukah wanita ini mengharungi semua cabaran yang datang dengan tabah dan mengecapi nikmat kebahagiaan akhirnya?