NONA Istimewa Merdeka (TV3)



Sinopsis NONA Istimewa Merdeka (Budiey.com)
Tarikh: 29 Ogos,
Hari: Ahad,
Masa: 2.00petang
Pengacara: Maya Karin

Bersama pengacara Maya Karin, ikuti paparan NONA yang agak berbeza dari kelaziman sempena memperingati ulangtahun kemerdekaan Negara yang ke -53. Kali ini, edisi istimewa memberi fokus kepada imej dan kedudukan wanita dalam pelbagai peranan dan tugasan yang mencabar dan menampilakn 4 wanita yang telah berjaya menempa nama di dalam bidang seni, kebajikan, sains dan sukan seperti penyanyi dan komposer muda berbakat, Yunalis Zarai (Yuna), Tokoh Sains dan Direktorat Nano Kebangsaan Malaysia, Prod Dr Halimaton Hamdan, Pengasas PERNIM dan ibu kepada 50 orang anak angkat dari pelbagai latar belakang AID/HIV, pekerja seks, penagih dan salah laku sosial, Yang Dipertua Hajah Norlina Alawi dan pelumba kereta Formula BMW dan bakal beraksi di Formula 1, Natasha Nur Ida Adam Seatter.


Diterbitkan oleh Syarida Sharif, NONA turut mengajak para penonton mengimbas kembali kisah-kisah yang menarik menjelang detik kemerdekaan dari 2 tokoh srikandi Negara, Tan Sri Dr Asiah Ghani, Veteren Wanita UMNO dan Datuk Datin Paduka Hajah Fatimah Abdul Majid yang merupakan Pengasas Askar Wataniah Malaysia.