Phua Chu Kang The Movie





Sinopsis Phua Chu Kang The Movie (Budiey.com)

Kini beroperasi di Kuala Lumpur, Phua Chu Kang dan isteri Rosie diziarahi oleh ibu kesayangan Kang, Ah Ma. Namun, belumpun sempat dia mengemaskan pakaian dari begnya, Ah Ma hilang secara tiba-tiba. Apa yang berlaku kepadanya? Melarikan diri? Mengapa? Atau, mungkinkah diculik?

Usaha Kang mencari Ah Ma membawanya ke sebuah rumah orang-orang tua. Pemilik rumah kebajikan tersebut yang berpewatakan pelik, Lim Lau Pek telah menawarkan kerja-kerja kontrak yang lumayan. Namun tidak semudah itu, kerana Kang mesti menewaskan dahulu musuh tradisi ketatnya, Frankie Foo, yang juga sedang berusaha memperolehi kontrak yang sama. Keadaan menjadi kacau bilau di rumah orang-orang tua di mana Lim telah menaruh perasaan terhadap Rosie manakala Kang pula dituduh membunuh salah seorang warga tua di rumah tersebut.

Adakah Frankie dalang di sebalik semua kekecohan ini? Apa sebenarnya agenda Lim Lau Pek?

Kang telah berjaya merungkai satu rahsia lampau mengenai dirinya yang telah disembunyikan oleh Ah Ma sejak sekian lama dan pada masa yang sama, dia juga telah dipertemukan dengan seorang saudara yang disangkakan telah lama meninggal dunia. Merasa trauma, Kang harus memilih antara perniagaan dan juga keluarga di sebalik pertemuan tak terduga.