Program TV Ramadhan (TV3 dan TV9)



Kuih Raya Chef Ismail
Hari Tayangan : Setiap hari,
Masa Tayangan: 2.28 petang
Pada setiap hari, penonton dapat belajar pelbagai jenis panduan, tips dan resipi-resipi istimewa sempena bulan Ramadan ini oleh chef terkenal tanah air, Chef Ismail. Daripada kuih hingga ke lauk yang lazat-lazat belaka, jangan lupa tonton kapsul 2 minit ini setiap hari di TV9.


Insyaf
Hari Tayangan : Jumaat hingga Ahad,
Masa Tayangan: 10.00 malam
Sebagai seorang manusia yang lemah, kita tidak terlepas daripada terjebak dengan pelbagai dosa, baik kecil mahupun besar. Namun, dalam hati seseorang insan itu, terdapat juga kebaikan, kejujuran dan keikhlasan untuk insaf dan bertaubat untuk tidak mengulangi sebarang durjana. Mari kita sama-sama menonton Insyaf, satu rancangan baru yang diadaptasikan oleh kisah-kisah benar serata Malaysia. Insyaf akan memaparkan 13 drama yang memfokuskan keinginan seseorang untuk membersihkan dirinya dari dosa-dosa yang lampau.


Perjalananku
Hari Tayangan : Khamis dan Jumaat,
Masa Tayangan: 6.30 petang
Seterusnya, TV9 juga akan menyiarkan program ekslusif sempena Ramadan, iaitu Perjalananku. Ia merupakan sebuah program realiti yang akan menyaksikan selebriti-selebriti terkenal tanah air pula melakarkan kisah hidupnya sebelum dan selepas bergelar artis. Hidup sebagai seorang artis ini penuh dengan dugaan dan cabaran, apatah lagi apabila diperhatikan oleh orang ramai. Selebriti-selebriti yang dipaparkan di dalam rancangan ini akan menceritakan kembali pengalaman yang telah merubah kehidupan dan karier mereka. Selain temuramah, penonton juga akan disajikan dengan video dan gambar-gambar menarik berkenaan kisah hidup mereka.


Resipi Istana
Hari Tayangan : Isnin dan Selasa,
Masa Tayangan: 6.30 petang
Menarik bulan Ramadan ini ialah tentang program masakan kerabat di Raja menerusi Resipi Istana. Ia merupakan sebuah rancangan yang mengetengahkan resipi dan proses masakan oleh kerabat diraja serata Malaysia. Penonton boleh mencuba sendiri resipi istana yang jarang dipaparkan sebelum ini sebagai hidangan buka puasa atau Hari Raya. Program menraik ini dihoskan Khairul Noormaaidah (Aida Ikon Gadis Melayu 1) oleh Antara kerabat diraja yang terlibat dalam rancangan ini ialah Raja Perempuan Kelantan, YAM Tunku Intan Shafinaz (Kedah), YM Tunku Jemilah Tunku Mohammed Archibald (Johor), YM Tunku Maimunah (Kelantan), YAM Tunku Elina dan YAM Tunku Azureen.


Jom Berbuka
Hari Tayangan : sabtu dan ahad,
Masa Tayangan: 6.30 petang
Sebuah lagi rancangan membabitkan juadah berbuka puasa adalah Jom Berbuka. Program menarik ini dihoskan oleh pengacara yang kuat berceloteh iaitu Sharifah Shahirah. Beliau akan membawa penonton semua ke tempat-tempat menarik dan popular serta makanan yang enak untuk berbuka puasa di seluruh Malaysia. Antara makanan berbuka popular yang akan dipaparkan adalah Nasi Arab Cyberjaya, Aneka Bubur (Johor), Kelapa Jeli, Jus Buah FAMA, Ani Sup Utara, Murtabak Raja Kota Bharu, Bahulu Kuala Selangor, Kek Lapis Ifa Vs Deja Moss dan banyak lagi. Tempat-tempat berbuka menarik pula adalah seperti JM Briyani House (Bangi), Hotel Berjaya (Kuala Lumpur), Restoran Intai-Intai, Hotel Renaissance (Kota Bharu), Food Court Seksyen 2 (Shah Alam), Alamanda Food Court, Menara Kuala Lumpur dan banyak lagi.


Ekspedisi Chef Wan (Istimewa Ramadan)
Hari Tayangan : rabu,
Masa Tayangan: 6.30 petang
Sememangnya istilah memasak sudah sinonim dengan nama chef terkenal Malaysia iaitu Chef Wan. Menerusi program Ekspedisi Chef Wan (Istimewa Ramadan), beliau kembali lagi dengan episod istimewa sempena Ramadan di mana beliau akan mengembara ke negara Turki untuk mengenali serta memperkenalkan makanan, adat dan budaya rakyat di sana. Ini adalah masa terbaik untuk kita semua mencuba resipi-resipi luar negara yang sedikit sebanyak dapat menambahkan juadah berbuka puasa.


Solat Terawikh
Hari Tayangan : Setiap hari,
Masa Tayangan: 1.oo pagi
Sepanjang bulan Ramadan ini juga, TV9 akan menyiarkan Solat Terawikh dari Mekah setiap hari pada pukul 1.00 pagi. Begitu banyak fadhilat mengerjakan solat terawikh, seperti contoh, diampuni dosa-dosa orang yang beriman seperti baru dilahirkan, mendapat kebaikan dunia dan akhirat, mendapat pahala seperti empat puluh tahun ibadat dan banyak lagi. Setiap malam kita melakukan solat terawikh, terdapat ganjarannya yang tersendiri. Pastinya setiap amalan dan ibadah yang dilakukan kerana Allah akan diganjari dengan keredhaanNya dalam segala aspek kehidupan kita.

Masam Manis Ramadan

Hari Tayangan : Setiap Isnin hingga Khamis
Masa Tayangan: 5.3o petang

mulai 16 Ogos Siapa sangka panas hingga ke petang…Kehidupan rumahtangga yang bertahun dibina dengan harmoni bertukar menjadi porak-peranda apabila suami sendiri meminta cerai. Walaupun perit, Suraya terpaksa meneruskan kehidupan sebagai ibu tunggal membesarkan anak-anak yang menjadi pendorong utama dengan berkerja sebagai pembantu dapur. Tanpa disangka, bakat memasak yang selama ini terpendam kini menjadi sumber punca pendapatannya apabila ramai yang mula menggemari hasil masakannya yang sangat enak. Saksikan kisah suka-duka Suraya, wanita yang bersemangat cekal mengharungi apa jua cabaran kehidupan bersama anak-anaknya.

Pelakon: Sheila Rusly, Roy Azman, Finie Don, Naim Daniel, Chef Zam


Pastikan anda tidak ketinggalan menonton program-program yang telah disediakan oleh TV3 dan TV9 sepanjang bulan Ramadan ini.

SUMBER : Budiey.com