RULE NO 1


SINOPSIS RULE NO.1 (Budiey.com)
Tarikh Siaran: 21 Ogos 2010
Masa: 8.30 pm
Pelakon: Ekin Cheng, Shawn Yue

Polis Lee yang keletihan mendapat lebih dari apa yang dipinta apabila menahan seorang pemandu diatas kesalahan memandu, dan menemui mayat wanita di dalam but kereta serta pistol yang di acu ke mukanya. Belum sempat berlakunya tembakan, mayat wanita tersebut tiba-tiba berdiri dan Lee menembak mati pembunuh terbabit.

Selepas menerangkan kejadian tersebut kepada penyelianya, Lee telah ditukarkan ke jabatan yang menguruskan kes-kes paranormal, “Miscellaneous Affairs Department”. Hari pertama bertugas, Inspektor Wong (Ekin Cheng) memesan kepada Lee tentang peraturan No.1 (Rule no.1) yang harus dipegang iaitu memberitahu orang ramai bahawa hantu tidak wujud, walaupun terpaksa bergadai nyawa demi memburu hantu yang bertanggungjawab dalam beberapa siri kematian yang misteri.

Sementara ada hantu yang tidak membahayakan, ada juga yang kuat serta roh jahat yang menular bagai virus terhadap sesiapa yang disentuh. Hantu ini mempunyai niat untuk mengejar Lee dan Wong. Sebuah cerita seram yang anda pasti tidak akan dapat lupakan!