Ahmad Durrah menggantikan Drama Janji Kekasih (TV3)

ZEHRA: Ahmad Durrah

slot : Zehra (TV3)
Hari : Jumaat
Masa: 6.30
Tarikh Tayangan : 10 September 2010
Masa Tayangan : 9 malam
Sumber : my.metro
Episode : 13 episod

Kisah Ahmad Durrah menggantikan Drama Janji Kekasih (TV3) bermula dengan Ahmad Durrah lakonan Rusdi Ramli, seorang ahli korporat yang jatuh muflis, melarikan diri dari kota menuju ke kampung untuk mencari ketenangan diri.

Bukan itu saja, penghijrahannya untuk mendalami ilmu agama turut menjadi perhatian penduduk di kampung itu. Di samping itu, terbit pula perasaan cinta Ahmad Durrah dengan tiga wanita yang meminatinya.

Di sebalik cinta, turut diselitkan kekentalan seorang ibu tunggal, Islah (Eja) yang tinggal dengan Mak Suri (Normah Damanhuri). Lebih menyedihkan, orang kampung menganggap Mak Suri perempuan gila. Namun ada satu pertalian misteri antara Ahmad Durrah dan Mak Suri.

Penonton akan mengetahui sendiri kesudahan cerita itu serta perebutan cinta antara Islah, Fatanah dan Anisa dengan Ahmad Durrah. Ia akan terjawab apabila drama itu ke udara di kaca televisyen pada 10 September ini sempena Aidilfitri.

Antara barisan pelakon lain yang membintangi Ahmad Durrah adalah Jalil Hamid (Haji Saaban), Nabila Huda Suhaimi (Fatanah), Nik Zaris Nelydia Senrose (Anisa) dan Nazrizal Ngasri (Juki). Raja Ahmad ketika ditemui di lokasi penggambaran berkata, drama 13 episod itu adalah satu karya terbaiknya yang begitu menyentuh perasaan.