Ambulance Girl (8TV)



Sinopsis Ambulance Girl (Budiy.com)
Tarikh siaran: 22 September 2010
Masa: 10.00 pm
Pelakon : Kathy Bates, Robin Thomas

Ambulance Girl adalah sebuah kisah benar tentang bagaimana dan mengapa Jane, seorang yang mengalami tekanan perasaan dan mempunyai agorafobia menjadi ahli teknikal perubatan kecemasan. Beliau berumur 52 tahun merupakan penulis makanan dan telah berkahwin selama 33 tahun. Jane menyedari bahawa beliau sentiasa mengalami gangguan emosi.

Perkahwinannya berada di ambang keruntuhan dan beliau banyak menghabiskan masa dengan mundar-mandir di dalam rumah serta merana akibat serangan panik. Sesi bersama terapi juga tidak dapat membantunya. Beliau kemudian bersungguh-sungguh ingin mengubah kehidupannya dan berdepan dengan ketakutan yang dialami. Akhirnya, beliau mengambil bahagian dalam latihan Emergency Medical Technicians (EMT) oleh Sukarelawan Jabatan Bomba Grafton, dengan sokongan suaminya, Michael.

Keadaan menjadi tegang apabila rakan-rakan sejawatan mulai komen dan berasa pelik tentang bagaimana seorang wanita yang emosinya sering terganggu dan selalu takut menerima pekerjaan tersebut. Kisah benar yang kelakar dan mengharukan, menceritakan bagaimana seorang wanita bangkit dari masalah kemurungan, diterima oleh ahli bomba di Georgetown serta rakan-rakan EMT yang lain. Ianya menunjukkan bagaimana seorang wanita yang berani berdepan dengan ketakukannya selama ini berjaya melalui apa sahaja rintangan.