Arca Cinta (Astro Prima)






arca cinta

ARCA CINTA (Telefilem)
Khamis, pukul 12.00 tengah hari, 16 September 2010

Pada satu pagi sebelum bertolak ke sebuah majlis akad nikah, Nizam terkenang semula peristiwa sedih yang menimpa dirinya setahun yang lalu. Nizam dan Najwa telah berkahwin hampir sepuluh tahun tetapi telah mengenali satu sama lain hampir 30 tahun. Mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Emi. Doktor memberitahu Najwa yang barah darahnya telah kembali dan sudah sampai ke peringkat progresif. Doktor menasihatinya menjalani proses kemoterapi secepat mungkin. Najwa dan Nizam sukar untuk menerima hakikat ini kerana mereka sangka Najwa sudah sembuh dari penyakit barahnya beberapa tahun dahulu. Atas sokongan Nizam, Najwa mula menjalani rawatan kemo tersebut di hospital. Beberapa bulan berlalu tetapi tiada perubahan yang berlaku pada diri Najwa. Malah dia kelihatan lebih lemah dan lesu. Najwa telah pasrah dengan nasib yang menimpanya tetapi Nizam bertegas untuk meneruskan kemo di rumah. Najwa mula mengubah kelakuannya. Pada suatu malam, Nizam terkejut apabila melihat Najwa yang sedang sakit bersiap-siap untuk keluar rumah. Najwa mula bersikap dingin dan pentingkan diri dengan suaminya. Tidak lama kemudian, Najwa menghembuskan nafasnya yang terakhir sebelum sempat bertemu dengan Nizam. Nizam yang masih sugul terjumpa sepucuk surat di atas piano Najwa. Sari tolong membacakan surat itu kepadanya. Di dalam surat itu, Najwa memohon maaf kepada suaminya kerana terpaksa melukakan hatinya di akhir-akhir hayatnya. Dia berbuat demikian supaya Nizam membencinya dan dapat meneruskan hidupnya tanpanya. Nizam menangis mendengar luahan hati isterinya itu.

Pelakon: Zamarul Hisham (Nizam), Emelda (Najwa), Almy Nadia (Sari), Zach X-Factor (Fezrol), Nik Nur Amalin [9 tahun] (Emi)


Sinopsis Arca Cinta (mymetro.com)

SIARAN: Hari Raya (Astro Prima)

PADA suatu pagi sebelum bertolak ke majlis akad nikah, Nizam terkenang semula peristiwa sedih yang menimpa dirinya setahun lalu. Nizam dan Najwa berkahwin hampir 10 tahun tetapi mereka sudah mengenali satu sama lain hampir 30 tahun.
Mereka dikurniakan anak perempuan, Emi.


Pada satu petang raya, Najwa jatuh pengsan dan mendapatkan rawatan di hospital. Najwa terpaksa bermalam di sana sehingga keputusan darahnya diketahui. Di hospital, Najwa bertemu Sari, wanita yang berasal dari kampung dan bekerja sebagai seorang jururawat. Sari sudah bertunang dengan jejaka pilihan keluarga iaitu Fezrul yang juga ahli perniagaan yang masih berusaha keras memajukan perniagaannya.

Dalam kegigihannya itu, dia hanyut dalam godaan duniawi dan ini membuatkan Sari resah. Keesokan harinya, doktor beritahu Najwa yang barah darahnya menyerang semula dan sudah sampai ke peringkat progresif. Doktor menasihatinya menjalani proses kimoterapi secepat mungkin. Najwa dan Nizam sukar untuk menerima hakikat ini kerana mereka sangka Najwa sudah sembuh daripada penyakit itu sepenuhnya beberapa tahun dulu. Atas sokongan Nizam, Najwa mula menjalani rawatan kimo di hospital. Dalam kegelisahan menunggu Najwa, Sari mula mengenali Nizam dan cuba memberi semangat kepadanya.

Nizam takut akan kehilangan Najwa kerana mereka ibarat isi dan kuku. Nizam manja sekali dengan Najwa tetapi sekarang, Nizam terpaksa kuat untuk Najwa dan mengagahkan hatinya melakukan kerja rumah dan menjaga Emi. Sari pula mula bengang dengan perangai Fezrul yang kerap keluar malam dan pulang dalam keadaan mabuk. Pada suatu pagi, dia bertegas dengan Fezrul untuk berubah dan tetapkan tarikh perkahwinan mereka ataupun putuskan saja pertunangan itu. Fezrul pandai bermain kata dan berjaya mencairkan hati Sari lalu mereka terlanjur.


Beberapa bulan berlalu tetapi tiada perubahan yang berlaku pada diri Najwa, malah dia kelihatan lebih lemah dan lesu. Doktor memberitahu yang proses kimo itu tidak memberi kesan terhadap dirinya. Doktor memberinya pilihan sama ada meneruskan kimo di rumah atau mencari rawatan alternatif.