Brave New Girl (8TV)



Sinopsis Brave New Girl (Budiey.com)
Tarikh siaran: 29 September 2010
Masa: 10.00 pm
Pelakon : Lindsey Haun, Virginia Madsen

Holly merupakan gadis remaja Texas kelas pertengahan yang dibesarkan oleh ibunya yang merupakan seorang ibu tunggal. Dikurniakan dengan suara yang merdu, sebuah impian dan dedikasi, beliau mempunyai segalanya untuk menjadi seorang bintang dan keluar dari belenggu kehidupannya di Texas.

Ibunya Wanda, telah menghantar pita rakaman ujibakat yang membuatkan Holly berjaya memenangi biasiswa ke sekolah seni dan muzik yang berprestij yang terletak di pantai timur. Namun, perjalanan ke puncak bukanlah mudah. Holly harus berdepan dengan sikap sombong serta saingan rakan sekelasnya dan merebut gelaran bintang dengan Angela yang bongkak. Beliau bertuah kerana dengan sokongan daripada ibu dan rakan sebiliknya, Ditz.

Beliau menyedari untuk menjadi seorang bintang, kemasyuran bukanlah segalanya tetapi kepercayaan, keluarga, dan rakan-rakannya adalah lebih penting – kerana sebelum kesemua carta hits dan para peminat, apa yang dimiliki sebelumnya hanyalah sebuah impian. Inspirasi daripada buku bertajuk “A Mother’s Gift” oleh Britney & Lynne Spears, saksikan sebuah kisah yang benar-benar menceritakan tentang makna menjadi seorang bintang.