Cerekarama Ar-Rayyan (TV3)

Cerekarama Ar-Rayyan,
Tarikh Tayangan : 4 September,
Hari Tayangan : Sabtu,
Masa Tayangan : 10.00malam
Pelakon: Raja Farah, Geoffrey, Farahdhiya, Aida Khalida, Hafizuddin, Rahim Jailani
Sumber : Budiey.com


Sinopsis Cerekarama Ar-Rayyan

Suraya adalah seorang arkitek di sebuah syarikat design & build antarabangsa. Walaupun pangkatnya tinggi, dan sering bergaul dengan orang-orang berbangsa asing, Suraya bersikap rendah diri dan masih mengekalkan adat kesucian gadis timur.

Dia memakai tudung dan mengamalkan cara hidup Islam dengan tegas. Boss Suraya, Dato’ Hamdi telah bersara dan digantikan oleh Ryan Zachary, seorang warga asing. Ryan merupakan seorang yang bukan sahaja tidak hormat akan adat orang Melayu, malah sering memandang Islam sebagai agama kuno.

Pada hari-hari yang berikutnya, Ryan memerhatikan segala tingkah Suraya yang pada mulanya dianggap sebagai menjengkelkan.

Kerap kali, mereka akan berdebat secara sihat tentang Islam dan lama-kelamaan hatinya menjadi terbuka untuk menerima Islam dan juga Suraya sebagai teman hidupnya. Atas urusan kerja, Ryan terpaksa ke kota London dan cuba sedaya upaya untuk memenuhi tuntutan bulan Ramadhan.

Ryan terkejut apabila mendapati Suraya sudah tiada sewaktu kepulangannya ke Malaysia. Dia cuba mencari Suraya namun mendapati gadis itu telah meninggalkan Malaysia untuk mengerjakan umrah dan menyambut Aidilfitri di Mekah. Ryan kecewa. Apakah yang akan terjadi seterusnya?