Devil 2010

FILEM: Devil
ARAHAN: John Erick Dowdle
PELAKON: Chris Messina, Logan Marshall-Green, Geoffrey Arend, Bojana Novakovic, Jenny O’Hara, Bokeem Woodbine dan Jacob Vargas
GENRE: Thriller/Seram
TAYANGAN: 16 September 2010
ULASAN: Shakilawati Abd Rahman
SUMBER: HARIAN METRO



Sinopsis Devil 2010

SETIAP apa yang berlaku pasti ada sebabnya. Begitu juga dengan perbuatan buruk pasti ada balasannya. Itulah hukum yang cuba diketengahkan penerbit terkenal, M Night Shyamalan dalam cetusan idea terbarunya menerusi Devil.


Perasaan panik mula menghantui apabila lampu lif tiba-tiba terpadam dan seorang daripada mereka mengalami kecederaan seperti digigit sesuatu. Keadaan semakin buruk apabila lampu sekali lagi terpadam dan disusuli insiden lebih menakutkan di mana seorang pengguna lif berkenaan mati dalam keadaan mengerikan.

Apabila lampu terpadam berulang, pasti ada kematian berlaku, sekali gus menimbulkan rasa sangsi di hati masing-masing. Situasi semakin tegang apabila mereka menuduh antara satu sama lain.


Sementara itu, di bilik kawalan keselamatan, dua pegawai bertugas melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa dan kes berkenaan dikendalikan seorang detektif yang masih trauma dengan kehilangan keluarga tercinta dalam satu kemalangan lima tahun lalu.

Detektif itu yang kebetulan menyiasat kes bunuh diri yang berlaku di bangunan sama melakukan prosedur siasatan seperti biasa, namun persepsinya mula berubah apabila menyedari ada sesuatu yang tidak kena dalam insiden berkenaan. Dia mula percaya dengan kata-kata seorang pengawal keselamatan yang kejadian misteri dalam lif itu ada kena mengena dengan kemunculan syaitan.

Secara peribadi, saya kurang tertarik dengan lontaran idea Syamalan kali ini. Selepas tampil cemerlang dengan The Sixth Sense, dia seakan-akan hilang sentuhan. Taringnya tidak lagi tajam dan berbisa, sebaliknya sentuhannya makin tumpul.

Devil sebuah paparan cerita yang ringkas namun penyampaiannya yang mendatar mengundang rasa jemu.

Tidak ada apa yang berbeza dengan karya Shyamalan sebelum ini, ia sebuah idea yang klise. Barangkali selesa dengan cara begini, tetapi alangkah lebih menarik jika dia keluar daripada kepompongnya.



Synopsis Devil 2010
Five strangers trapped in an elevator realize that one of them is the Devil in this thriller from director John E. Dowdle (Quarantine) and screenwriter Brian Nelson (Hard Candy, 30 Days of Night. The first installment of "The Night Chronicles," a film series in which up and coming filmmakers bring to life stories conceived by M. Night Shyamalan, Devil opens to find five Philadelphia office workers filing into the elevator of an inner-city office building. But a typical day at the office takes a sudden detour into terror when the elevator becomes stuck between floors, and the passengers discover that the Devil does exist, and he's standing right before them. As emergency workers work frantically to free them, secrets are revealed and the passengers realize their only hope for survival is to confront their darkest sins in front of the others. ~ Jason Buchanan, Rovi