Driven (8TV)



Sinopsis Driven (Budiey.com)
Tarikh siaran: 1 September 2010
Masa: 10.00 pm
Pelakon: Sylvester Stallone, Burt Reynolds

Mengisahkan seorang pelumba kereta berbakat, Jimmy Bly yang mula hilang tumpuan dan semakin tersisih di dalam kedudukan perlumbaan, akibat tekanan hebat yang diberikan oleh abangnya yang juga merangkap penganjur, serta terbabit dalam hubungan romantis dengan kekasih musuhnya, Sophia. Disebabkan oleh rasa tanggungjawab, pemilik kereta, Carl Henry telah membawa bekas bintang pelumba, Joe Tanto membantu Bly bangkit semula untuk sampai ke tahap teratas.

Namun, Tanto harus menangani kenangan pahitnya di masa lampau apabila beliau pernah terlibat dalam satu kemalangan yang hampir meragut nyawanya dan turut memusnahkan perkahwinannya dengan isteri beliau, Cathy.


Sebuah cerita yang diadaptasikan daripada kisah benar tentang lagenda Formula One, Ayrton Senna. Bersiap sedia untuk menyaksikan perlumbaan terhebat yang pasti membuatkan anda tidak lekang dari kaca TV!