GET CARTER (8TV)




SINOPSIS GET CARTER (Budiey.com)
Tarikh siaran: 15 September 2010
Masa: 10.00 pm
Pelakon: Sylvester Stallone, Michael Caine, Rachael Leigh Cook

Selepas menghabiskan masa sepanjang hidupnya dengan mengutip hutang dan pembalasan dendam untuk orang lain, gangster paling kejam di London, Jack Carter akhirnya pulang ke pangkuan keluarganya di Newcastle untuk menghadiri majlis pengebumian abangnya.

Carter menolak laporan polis yang mengatakan punca kematian disebabkan bunuh diri lalu keluar mencari rakan-rakan serta para pengikut abangnya untuk menyoal mereka, namun tidak berjaya mendapat sebarang jawapan. Dia mula meragui kematian abangnya bukanlah berpunca dari sebarang kemalangan. Apabila dia diarahkan oleh ketua gangster untuk meninggalkan bandar tersebut sangkaannya semakin tepat, dan dia memulakan dendamnya secara ganas.

Memahami ini satu-satunya peluang bagi menebus perkara masa lalu, dia bersatu dengan isteri abangnya, Gloria serta anak perempuannya Doreen dan keluar mengikuti laluan penuh tipu daya dunia kongsi gelap Newcastle dengan harapan akan membawanya kepada pembunuh sebenar abangnya. Dicalonkan untuk Anugerah Filem BAFTA, saksikan pelbagai aksi dan drama secara eksklusif di 8TV!